Friday, 15 January 2021

Desakan PRU 15 Sentimen Untuk Burukkan UMNO

Betul dan tepat sekali isu ini adalah sentimen yang sengaja diwujudkan untuk memberikan tanggapan negatif kepada UMNO yang kononnya parti itu meminta untuk menyegerakan pilihan raya.

UMNO tegas mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 hanya perlu diadakan sekiranya penularan pandemik COVID-19 berakhir.

Menurut Datuk Seri  Mohd Nazri kita tidak minta pilihan raya serta merta atau dalam masa terdekat,

Perlu diingatkan ada orang-orang yang tidak suka kepada kita ini… mereka sengaja nak timbulkan perkara ini untuk datangkan kemarahan rakyat kepada kita, kita tidak minta sebegitu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sementara itu,  jangkaan untuk tarikh sebenar pilihan raya  terpulang kepada kerajaan.

Kita tidak tahu, kita tinggal kepada kerajaan untuk membuat keputusan. Kita boleh tunggu untuk enam bulan, tiada masalah.

Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus nampak lagi. Anda boleh lari, tapi bukan sepanjang masa , Kita akan tunggu untuk saat itu.