Friday, 10 April 2020

Senarai Sektor Dibenarkan Beroperasi Dalam Tempoh Tambahan PKPD


Perdana menteri di dalam perutusan khas  telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan disambung  15 April hingga 28 April 2020
Jemaah menteri  8 April 2020 membenarkan pembukaan semula sektor tambahan untuk beroperasi dalam tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak covid 19.

Senarai Sektor Pengilangan; Perkhidmatan yang Dibenarkan:

1. Industri Aeroangkasa

2. Industri Automotif 
(terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan .

4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)hanya terhad kepada:
- perkhidmatan berkaitan guaman; 
- aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19; 
- makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan 
- perkhidmatan berkaitan minyak & gas.

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine
or TCM practitioners)

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)