Monday, 23 March 2020
Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bakal Dilanjutkan Jika Semua Degil
By @MNA at 00:59:00
Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin berlanjutan dua bulan lagi, jika penguatkuasaan sehingga 31 Mac ini, gagal mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Mengikut Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, tidak menolak kemungkinan itu jika rakyat terus berdegil mengingkari PKP, mengabaikan pelaksanaan penjarakkan sosial serta tidak mengutamakan amalan batuk dan kebersihan yang baik.
Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk,
Selain kedegilan rakyat dan faktor lain mungkin menyumbang kepada kegagalan mengakhiri penularan jangkitan COVID-19, adalah tindakan ribuan orang ramai pulang ke kampung halaman selepas PKP diumumkan.
“Adalah satu kesilapan apabila orang dari kawasan tinggi jangkitan, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor, balik ke kampung.
“Kita seolah-olah tidak belajar pada kesilapan sama dilakukan Itali, yang akhirnya menyebabkan wabak coronavirus bertambah kronik di negara itu,” katanya, yang berharap strategi penguatkuasaan lebih agresif.
Orang ramai dicadangkan diminta mencontohi Korea dan Jepun serta Taiwan, yang bertindak agresif melaksanakan ujian komuniti dengan mengerah jentera perubatan mereka membuat ujian daripada pintu ke pintu.
“Ketika ini, kita masih menunggu orang sakit atau disahkan positif (melalui pengesanan kontak) datang ke hospital. Ibaratnya menunggu sama ada mangsa sakit, pulih atau meninggal dunia.
“Sekarang ‘darurat’ dan sedang berperang, tak boleh guna cara lama. Di Korea dan Jepun, mereka kerah jentera perubatan cari pesakit. Misalnya, Korea buat 20,000 ujian COVID-19 dalam sehari.
“Kita perlu masuk ke kawasan yang dikategorikan tinggi wabak dan uji semua orang dalam kawasan itu. Jika positif, ajar kaedah kuarantin dan terus beri ubat, tidak semestinya mereka perlu ke hospital.
“Ujian komuniti ini bukan saja oleh KKM, malah polis, tentera, pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan juga boleh dikerah membantu. Dalam saat perang ini, gunakan apa saja sumber yang ada, tak boleh bergerak sendirian,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Malaysia menjadi seperti Itali jika langkah agresif itu tidak dilakukan.
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang tidak berkait dengan kluster tabligh, sekali gus menggesa KKM segera melaksanakan penjujukan genom virus bagi mengenalpasti punca jangkitan berkenaan.
Penjujukan genom itu juga perlu disegerakan bagi mengenalpasti punca mengapa majoriti kes kematian akibat coronavirus di Malaysia, adalah membabitkan golongan berusia 60 tahun ke bawah, berbeza dengan kes di China, Itali, Jepun dan negara lain.
“Tujuh daripada 10 kes kematian di Malaysia adalah 60 tahun dan ke bawah, sedangkan negara lain majoriti kes kematian adalah individu 60 tahun atau 80 tahun ke atas.
“Kita perlu kenal pasti menerusi penjujukan genom, sama ada virus yang menyerang di Malaysia lebih bahaya serta dari mana datangnya virus yang menjangkiti jemaah tabligh dan kes-kes lain,” katanya.
Rujukan :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668084/covid-19-tempoh-pkp-lanjut-dua-bulan
Related Posts:
Kerajaan Agih Semula Spektrum Tingkat Kualiti Liputan Tanpa Wayar - Salleh KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pengagihan semula spektrum pada jalur 900 Megahertz (MHz) dan 1,800MHz adalah untuk meningkatkan kualiti kelajuan perkhidmatan tanpa wayar termasuk liputan luas di kawasan luar bandar dan … Read More
MB Kedah Mahu Kerajaan Negeri Kurangkan Protokol Jimat Perbelanjaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu supaya protokol dikurangkan dalam program anjuran kerajaan dan majlis yang dihadirinya bagi menjimatkan perbelanjaan.Ahmad Bashah berkata beliau faham mengenai … Read More
DemiRakyat FELDA luluskan pinjaman RM 1.41 Billion tanpa faedah kepada peneroka Walaupun dihina dan dikritik oleh penyokong serta pemimpin - pemimpin pembangkang, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak semalam mengumumkan bahawa FELDA, yang merupakan sebuah GLC dibawah keraj… Read More
ASNB Umum Agihan Pendapatan 6.30 Sen Seunit Bagi Skim ASM KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit bagi skim Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016. Pengagihan… Read More
Lelaki Aibkan Sultan Johor Dipenjara Empat Bulan BATU PAHAT – Seorang pereka grafik dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas tuduhan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menunjukkan isyarat lucah, pada … Read More