Wednesday, 29 May 2019

Kenaikkan Bil Elektrik Melampau Membebankan Rakyat - Zahid Hamidi


Kenaikan bil elektrik TNB secara mendadak mulai membebankan rakyat ketika kelembapan ekonomi melanda negara.

Pelbagai pihak mengadu namun Kerajaan setakat ini hanya buat sidang media sahaja dan minta Suruhanjaya Tenaga untuk siasat. Skrip biasa zaman PH iaitu kita akan siasat atau akan kaji. Yang rugi rakyat kerana berdasarkan undang-undang, pengguna tetap perlu menjelaskan bil elektrik dalam tempoh sebulan dan jika ada lebihan, mereka yang layak akan mendapat pembayaran balik.

Alasan TNB kerana ubah suai Meter. Adakah 86 ribu individu yang sokong petisyen ini ubah suai meter mereka? 

https://www.change.org/p/kerajaan-pantau-harga-elektrik-2019-bantahan-kenaikan-elektrik-2019-mengikut-kiraan-tnb

TNB kembalilah kepada asas penubuhan iaitu memberi khidmat kepada rakyat dan bukannya memerah keringat rakyat. Saya juga mengalu-alukan langkah Menteri KPDNHEP yg mengambil langkah proaktif untuk menangani permasalahan ini.

Sila share gambar bil terbaru anda dalam ruangan komen.

Related Posts: