Friday, 31 May 2019

Berjawatan Dalam Parti Adalah Satu Peluang Dan Amanah - Zahid Hamidi


Sejarah penaklukan Andalusia (Sepanyol) bermula dengan peluang yang tidak disia-siakan oleh Thariq bin Ziyad.

Dalam perjuangan Umno, setiap individu diberikan ruang dan peluang berbakti kepada parti terutamanya generasi muda. Jika diteliti dalam sejarah penaklukan Andalusia (Sepanyol) beberapa ibrah yang boleh dijadikan panduan bagi memperkasakan parti antaranya:

• Generasi muda ialah agen perubahan. Sinergi di antara kepimpinan tertinggi dengan kepimpinan muda akan melicinkan agenda perubahan. Syarat utamanya adalah saling menghormati, tiada unsur meremehkan antara satu sama lain. Sepertimana falsafah Jawa yang menjadi pegangan Presiden Jokowi “Lamun Sira Sekti, Ojo Mateni - Meskipun kamu kuat, jangan suka menjatuhkan. Lamun Sira Banter, Ojo Ndhisiki - Meskipun kamu cepat, Jangan suka mendahului. Lamun Siro Pinter, Ojo Minteri - Meskipun kamu pandai, jangan Sok pintar”

• Semangat perjuangan semata-mata yang tidak disertakan dengan tindakan hanyalah sia-sia. Semangat dikobarkan seiring dengan tindakan yang berstrategi dan bukan semberono. 

Berjawatan dalam parti adalah satu peluang dan amanah, tidak kira sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat. Peluang ini mampu menghasilkan natijah yang baik untuk parti sekiranya ahli dan pimpinan saling bergandingan, satu suara, satu hati, sederap, seia dan sekata mendokong kepimpinan yang telah dipilih secara sah pada sesi pemilihan yang lepas. 

Jangan diremehkan perkara ini, kelak padah akibatnya kepada parti dan ahli. Akhirnya dengan hari-hari yang masih berbaki sepuluh akhir Ramadan ini, ayuh! kita perketatkan ikatan, bermunajat, bermuhasabah, bertahajud dan terus mencari Lailatul Qadr,  peluang hanya sekali dalam setahun.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#demiummah
#akhiratdidepan

Related Posts: