Tuesday, 26 February 2019
Tugas Kerajaan Jaga Kebajikan Rakyat Atau Majikan ?
By @MNA at 22:18:00
Gaji RM 1100 sudah tinggi
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih “relevan” bagi sektor tertentu kerana RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor. Menteri PH semua pandai bercakap tetapi gagal melaksanakan.
Tidak lama lagi akan ada gaji minimum berbeza bagi sektor seperti perladangan. Mengapa perlu ada perbezaan?
Sebelum PRU 14 PH berjanji akan selaraskan gaji pokok kepada RM 1,500. Sekarang sudah menang mula terkial mengatakan gaji pokok RM1,100 terlalu tinggi. Perlu dibawa ke kabinet untuk dipertimbangan pula.
Rupanya terdapat di kalangan majikan perlu mengurangkan jumlah pekerja atau menamatkan perniagaan mereka kerana tidak mampu memberi gaji minimum kepada pekerja.
Kadar gaji minimum ditetapkan pada RM920, sebelum dinaikkan kepada RM1,100
Tindakan kerajaan seperti hanya menjaga kepentingan tokey- tokey ataupun tuan besar. Sebaliknya nasib rakyat tidak dihiraukan.
Rakyat memilih PH kerana tamak bila dijanjikan kenaikkan gaji yang tinggi Hakikatnya rakyat kian dibiar merempat bila kebajikan diabaikan oleh kerajaan yang mereka pilih.
Menteri PH fikir gaji minima RM1,100 sebulan sudah terlalu tinggi untuk Rakyat. .
Dia dia akan turunkan gaji ini tidak lama lagi.
Ini mesti kerana pemimpin PH pernah kata SST akan turunkan harga barang.
Harga telur pun sudah turun 2 sen seperti Menteri PH umumkan.
Rakyat sudah senang lepas PH menang.
Oleh itu, gaji tak perlu tinggi lagi. Betul?
Sebenarnya, kerajaan PH ini mahu jaga kroni dan tauke atau mahu jaga rakyat biasa?
Maka janji manifesto PH untuk wujudkan satu juta pekerjaan baru untuk orang muda dengan gaji minima RM3,000 sebulan tetap akan tinggal janji yang dicapati.
Semasa berkempen dan berjanji semua ini tidak dipertimbangkan, bila menang memegang kerajaan pelbagai alasan diberi.
Kerajaan PH akan mewujudkan kadar gaji minimum berdasarkan sektor, contohnya perladangan satu kadar gaji, begitu juga dengan sektor perhotelan dan sektor lain.