Monday, 25 February 2019
Feri Langkawi Terbakar 50 Penumpang Selamat
By @MNA at 19:42:00
Lebih 50 orang penumpang sebuah feri berdepan detik cemas apabila kenderaan terbabit terbakar ketika dalam perjalanan dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala Perlis, dekat sini.
Walau bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, kesemua mereka dilaporkan sempat diselamatkan selepas beberapa buah bot nelayan dan bot pelancong berdekatan menyedari insiden tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.48 petang dan segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pantai.
“Maklumat awal mendapati, terdapat mangsa yang bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE
Related Posts:
Kuasai Ilmu Kesihatan Dapat Cegah Penyakit Di Peringkat Awal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengingatkan semua untuk lebih perihatin dan perlu mengambil tahu serta menghayati ilmu kesihatan agar sebarang penyakit boleh dicegah di peringkat awal, Beliau berkata… Read More
Golongan Muda Diseru Sebarkan Mesej Berkaitan Islam Tulen Secara Meluas Datuk Seri Najib Tun Razak mahu generasi muda membantu menyebarkan mesej mengenai Islam tulen, supaya saudara sesama Islam tidak terpesong ke dalam kegelapan dan keganasan. Perdana menteri berkata banyak daripada orang yan… Read More
"Perbezaan Antara Tun M dan Saya..." Tegas Najib PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbezaan di antaranya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ialah beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan Umno bahagian."Itulah yang membezakan saya dengan Tun… Read More
Tahu Ilmu Kesihatan Mampu Cegah Penyakit Di Peringkat Awal - Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyemburkan air pada program berkhatan beramai-ramai 2016 bersama anak-anak komuniti Wilayah Persekutuan di Masjid Putra hari ini. Seramai 1,250 kanak-kanak didaftarkan menyertai a… Read More
Kerajaan Tidak Tergugat Tohmahan Liar Pembangkang CHANGKAT JERING: Kerajaan negeri tidak pernah berasa tergugat dengan tohmahan liar pihak pembangkang yang cuba mempertikaikan ketelusan dalam memberikan yang terbaik buat rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pemban… Read More