Friday, 11 January 2019

Kelab Malam Dibenarkan Beroperasi Ikut Syarat Lesen


Hari ini terhentilah perjuangan menutup premis-premis hiburan yang dulunya dikatakan merosak akhlak dan imej negara. Kini selepas Pakatan Harapan menang dan memerintah, pusat hiburan di ibu negara yang sebelum ini memiliki lesen beroperasi sehingga jam 3 atau 5 pagi akan dibenarkan meneruskan operasi masing-masing.
Mungkin inilah corak pemerintahan  kerajaan Pakatan mengikut Rahmatan Alamin yang disebut oleh menteri agama

Keputusan ini dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad .
Ini membabitkan 24 premis hiburan yang memiliki lesen sehingga jam 5 pagi dan 149 lagi mempunyai lesen sehingga jam 3 pagi.

Rupa-rupanya terdapat 672 premis hiburan di ibu negara dengan lesen had masa operasi yang berbeza.

Pentadbiran PH tidak langsung hirau pandangan dan pendapat rakyat yang risau dengan gejala sosial semakin parah dikalangan anak-anak muda sekarang. Tetapi PH hanya mengambil kira pandangan golongan tertentu  termasuk 11 Ahli Parlimen, mereka  bersetuju untuk membenarkan premis hiburan yang sebelum ini memiliki lesen operasi sehingga jam 3 atau 5 pagi, meneruskan perniagaan masing-masing.

PHengarahkan Pihak DBKL berbincang dan memantau pusat-pusat hiburan yang memiliki lesen sehingga jam 2 pagi supaya dapat menutup perniagaan pada jam 1 pagi seperti yang dicadangkan sebelum ini.

“Ini kerana kita akan menguatkuasakan waktu tutup operasi tidak lama lagi bagi memastikan pemilik premis hiburan menepati peraturan dan syarat operasi yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan 2019 di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 
Lain cakap lain pula dilaksanakan oleh kerajaan yang suka cakap pusing-pusing ini.