DAULAT TUANKU.
Kerajaan perlu menjadikan Thailand sebagai contoh dalam mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang menghina institusi beraja di negara berkenaan.
Kerajaan Thailand dilihat begitu tegas sehingga mengenakan hukuman berat kepada individu yang menghina institusi tersebut.
Melihat kepada situasi ketika ini sudah tiba masanya kerajaan mengenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran agar perkata itu tidak berulang pada masa depan.
Sejak kebelakangan ini di lihat banyak dilihat individu dan orang perseorangan mula menghina dan menulis perkara yang kurang sopan membabitkan institusi raja sebagai contoh Kebawah Duli Yang di Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V baru-baru ini.
Rakyat Malaysia seharusnya menghormati dan menyanjung baginda sebagai ketua negara!
1. Isu penghinaan terhadap institusi raja yang berlaku mutkahir ini bukanlah suatu perkara baru berlaku dalam negara Malaysia.
2. Penghinaan demi penghinaan telah dilakukan oleh segelintir masyarakat Malaysia yang tidak bertanggungjawab terhadap institusi raja.
3. Perkara seperti ini mula dapat dilihat semakin berleluasa apabila dunia mula menerima ledakan teknologi khususnya media sosial yang tidak terkawal.
4. Ada pihak yang mula berani menyerang serta menghina institusi raja Melayu ibarat baling batu sembunyi tangan kerana pada mereka sukar bagi pihak berkuasa untuk mengenalpasti identiti mereka melalui sosial media.
4. Institusi raja yang selama ini menjadi payung masyarakat Malaysia berbilang kaum sedikit demi sedikit telah diusik individu yang mungkin kurang memahami kepentingan institusi raja melayu kepada negara Malaysia.
5. Sebagai ketua negara, ianya sepatutnya dihormati oleh semua masyarakat tanpa ada kompromi apatah lagi peranan institusi raja cukup penting menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia.
6. Lihat sahaja artikel 153 dalam perlembagaan Malaysia, menjadi tanggungjawab yang dipertuan agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, bumi Sabah sarwak dan kepentingan sah kaum lain.
7. Peranan institusi raja bukan hanya mencakupi untuk menjada orang melayu, tetapi peranan institusi agung ini mencakupi semua rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum.
8. Sepatutnya, institusi ini perlulah dipelihara oleh semua pihak kerana inilah institusi tertinggi dalam negara Malaysia sejak zaman berzaman.
9. Penghinaan terhadap instistui raja ini mungkin semakin berleluasa kerana tindakan atau hukuman yang pernah dikenakan ke atas mereka yang pernah melakukan kesalahan yang sama terlalu ringan hingga tidak memberi kesan kepada pelaku apatah lagi pengajaran pada orang lain.
10. Sepatutnya, dalam isu ini, pihak kerajaan tidak boleh berkompromi dengan si pesalah dan hukuman mandatori perlu diwujudkan.
11. Kita tidak mahu, masyarakat luar melihat sistem pentadbiran negara kita yang diketui oleh YdPA Agong kelihatan lemah sehinggakan rakyat sendiri bebas menghina secara ekstrim.
12. Walaupun negara mengamalkan sistem demokrasi dan setiap orang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan, tetapi kita perlu ada peraturan agar tidak semua perkara boleh diperlekehkan apatah lagi institusi sah yang menjadi tunjang utama kepada pentadbiran negara.
13. Gantung pekerjaan, dilucutkan jawatan, membayar denda tidaklah cukup untuk memberi pengajaran terhadap pelaku yang membuat kesalahan besar seperti ini.
14. Kita menuntut agar pihak kerajaan memandang serius perkara ini supaya kesalahan seperti ini tidak berlaku di negara yang mengamalkan sistem pentadbiran demokrasi parlimen dan raja perlembagaan.