Wednesday, 14 November 2018
TARAF MELAYU, INDIA DAN CINA ADALAH SAMA. - DAP
By @MNA at 20:40:00
Betapa angkuh dan celuparnya Adun DAP Chow Yu Hui melalui laman FB rasminya (Chow Yu Hui) telah mengingatkan pendirian DAP yang mahukan label 'Bumiputra' dihapuskan.
Mengikut Adun DAP Tras itu, rakyat Malaysia adalah semuanya sama, tidak kira siapa. Melayu, Cina, India atau Bangla.
Tegas Hui, pendirian rasmi DAP yang dikenali sebagai 'Deklarasi Setapak' ini adalah menjadi batu asas perjuangan DAP.
Tambah Chow Yu Hui lagi, atas sebab inilah ratifikasi ICERD harus dilaksanakan, bagi menyamaratakan taraf semua kaum di Malaysia.
Baguslah kalau begitu. Maksudnya selepas ini sekolah vernakular Cina juga harus dihapuskan bukan? Kerana sekolah-sekolah ini adalah bersifat perkauman dan membezakan antara kaum Cina dan yang lain.
Bahasa Cina juga harus dikurangkan penggunaannya bukan? Kerana bahasa rasmi Malaysia adalah bahasa Melayu. Jadi peliklah kalau dah jadi 'sama rata' nanti, bahasa kebangsaan pun tak tau.
Keperluan "Chinese preferred" yang mendiskriminasikan pekerja-pekerja Melayu juga perlu dihapuskan bukan? Maklumlah, semua kaum kan sama. Kenapa nak 'preferred Chinese' lagi?
Dewan Perniagaan Cina yang menjadi gergasi ekonomi orang Cina juga harus dihapuskan sama sekali. Kerana ianya bersifat perkauman dan menguntungkan hanya satu kaum sahaja. Tak 'sama rata' lah kalau begitu kan?
Oh, dan tidak lupa.. Ketua Menteri Pulau Pinang pun boleh bagi dekat orang Melayu dah rasanya. Barulah betul-betul "sama rata".
Ayuh bangkit tolak ICERD.