Friday, 2 November 2018
Pembangkang Yang Berfakta Mempopularkan Datuk Seri Najib
By @MNA at 10:56:00
Datuk Seri Najib Tun Razak bekas perdana menteri kini dilihat kembali popular selepas menjadi pembangkang terutamanya di media sosial. Ini kerana beliau bercakap menggunakan fakta.
Kepopularan Datuk Seri Najib bererti kurangnya penekanan serius Kabinet ke atas isu-isu tertentu yang utama dan prestasi kabinet pula nampak kurang menyerlah.
Datuk Seri Najib akan menghantui kerajaan sedia ada selagi beliau berada di Parlimen, dan ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan.
"Popularnya Najib bererti kerajaan perlu pertingkatkan capaian mereka kepada rakyat dan melakukan sesuatu bagi mengimbangi cara kerajaan Najib mendekati rakyat bawahan.
Sesuatu harus digerakkan oleh semua menteri bagi menjadi pentadbir yang cekap dalam menaikkan imej kerajaan pimpinan bukannya sekadar bangga menjadi menteri tetapi tidak memberi khidmat kepada negara dan rakyat.
Tambahan pula segelintir menteri kelihatan masih "bersuka ria" dan bersikap seolah kabinet adalah taman permainan.
Datuk Seri Najib yang juga merupakan ahli Parlimen Pekan kini aktif menjawab sebarang persoalan mengenai isu yang berbangkit mengenai kerajaan terdahulu BN dan isu-isu semasa.
Beliau juga amat aktif di media sosial, dan nampaknya perkongsian beliau mengenai sesuatu isu sering mendapat perhatian netizen rentetan penjelasannya yang bersahaja kadangkala sinikal.