Tuesday, 6 November 2018

Belanjawan 2019 Memotong Banyak Peruntukkan Persekolahan


Meneliti belanjawan 2019 yang telah dibentangkan, sememangnya amat mengecewakan. Ternyata apa yang dibentang langsung tidak mesra rakyat. 

Kerajaan BN telah membantu persiapan persekolahan anak-anak rakyat sejak tahun 2012 dengan memberikan bantuan sebanyak RM 100 kepada setiap murid setiap tahun. Mula-mula ia dilaksanakan, semua sekali murid-murid dapat tapi setelah beberapa tahun, ditukar kepada keluarga dengan pendapatan RM 3,000 kebawah sahaja tapi pokok pangkalnya dapat.

Tahun lepas sebagai contoh, walaupun bajet 2018 hanya sebanyak RM 280 billion lebih sikit dan kadar GST hanya sebanyak 6% sebagai puncautama pendapatan kerajaan (berbanding SST 6%-10%), kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memberikan bantuan awal persekolahan ini dengan peruntukkan sebanyak RM 328 juta.

Walaupun hanya RM 100, ia banyak membantu murid-murid terutama yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Kalau seorang anak RM 100, 5 orang dah RM 500, sudah tentu banyak membantu. Anak-anak dapat bantuan persekolahan, ibu bapa dengan julat pendapatan bawah RM 4,000 pula, dapat BR1M sehingga RM 1,200, ya Allah, bertuahnya.