Wednesday, 30 May 2018

PETRONAS Lubuk Emas Diidamkan Oleh Kroni


Petronas adalah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia.
Petronas adalah syarikat ke 75 terbesar di dunia mengikut Forbes.

Petronas adalah syarikat ke 12 paling menguntungkan didunia dan paling untung di Asia.
Assets Petronas pada 2016 adalah RM541.16B
dan Equity Petronas bernilai RM308B.
Revenue Petronas 2016 adalah RM183.8B
dan Pendapatan bersih Petronas adalah RM21.1B.

2018 Pendapatan Petronas sudah tentu lebih tinggi kerana harga minyak mentah telah naik keparas USD80 setong dari USD30 setong pd 2016.

 Persoalannya  sekarang kenapa Kerajaan Pakatan di bawah pimpinan Tun Mahathir mahu  menjual pegangan PETRONAS?
Alasan sebab hutang negara adalah satu pembohongan terbesar ciptaan Kerajaan Pakatan Harapan

Nilai aset dan equity Peteonas saja sudah melebihi hutang Kerajaan pusat .. iaitu pada RM686B.

Cadangan Mahathir nak jual EQUITY PETRONAS harus di-TENTANG sekeras kerasnya oleh semua lapisan rakyat.

Penjualan saham hanya akan merugikan Negara dan Rakyat.
Rakyat biasa tidak mampu membeli saham Petronas pun..
Yg mampu membeli nnt adalah Robert Kuok, Daim, Vincent Tan dan Anak2 Mahathir.

Kalau mereka pegang PETRONAS.. habis lah kekayaan negara mereka ni sapu.
Ingat .. Robert Kuok dulu kaya sebab pegang monopoly GULA.
Jangan biar yang kaya bertambah kaya, akhirnya rakyat tidak merasa

Jgn pisang berbuah dua kali.