Wednesday, 30 May 2018

Hanya 24 Jam, Lebih 100 Ribu Bantah Buka UiTM Kepada Bukan Bumiputera


Dalam masa kurang 24 jam, lebih 100,000 individu telah menandatangani petisyen bagi menentang cadangan membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera.

Petisyen itu sebagai tindak balas terhadap cadangan Hindraf 2.0 semalam memohon Jawatankuasa Pembaharuan Institusi untuk membuka universiti itu kepada kaum lain.

Setakat berita ini dilaporkan, petisyen yang dimulakan oleh presiden Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM), Mohd Zaini Hassan, yang juga penolong ketua editor Utusan Malaysia, memperoleh 105,725 penandatangan daripada sasaran seramai 150,000 orang.

"PAUiTM dengan ini berdiri teguh dan secara sebulat suara membantah sebarang cubaan untuk membuka kemasukan ke UiTM kepada semua kaum.

https://www.change.org/p/kerajaan-malaysia-bantah-pelonggaran-kemasukan-ke-uitm-untuk-bukan-bumiputera?recruiter=878802815&utm_source=share_petition&utm_medium=facebook&utm_campaign=psf_combo_share_initial&utm_term=psf_combo_share_message

"Ini berdasarkan premis bahawa kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

PAUiTM yang mendakwa mewakili kira-kira 700,000 ahli berkata persatuan itu bimbang Hindraf mungkin menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat bumiputera.

"Walaupun PAUiTM sedar bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil maklum sebarang tuntutan yang mewakili pelbagai masyarakat di negara ini, namun perkara berkenaan perlu ditangani dengan tegas bersama kesemua komponen kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks pemeliharaan hak keistimewaan orang Melayu," tegasnya.

Mohd Zaini turut menambah bahawa kenyataan "menghasut" sedemikian sepatutnya dihentikan.

Hindraf 2.0 diketuai oleh P Uthayakumar, manakala adik lelakinya, P Waythamoorthy mengetuai Persatuan Hindraf Malaysia (PHM).

PHM adalah rakan strategik Pakatan Harapan (HARAPAN) tetapi Hindraf 2.0 tidak berkaitan secara rasmi dengan gabungan itu.

Waythamoorthy dalam satu kenyataan awal hari ini, menggesa abangnya dan Hindraf 2.0 untuk tidak menggunakan pendekatan konfrontasi.

"Saya ingin mengatakan dengan jelas kepada Uthayakumar. Perang ini telah berakhir dengan kekalahan BN. Uthayakumar mesti berundur dari jalan konfrontasinya dan menyertai semua yang kini bekerja keras untuk membina sebuah negara baru Malaysia.

"Sudah tiba masanya untuk membina semula masyarakat dalam Malaysia baru yang merupakan hasil kerja keras semua orang yang menyokong HARAPAN," katanya.

Related Posts:

  • Pergilah 7,828....., Jangan Kembali Lagi. BEBERAPA hari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, kita sedikit tersentak dengan pendedahan Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming. Kata Kian Ming, kira-kira 7,828 individu yang merupakan rakyat Malaysia telah melucutkan… Read More
  • MALAYSIA DI TEMPAT KE 17 INDEKS IP A... Kemasukan Malaysia ke dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan penerimaan standard Harta Intelek (IP) yang ditetapkan dalam perjanjian itu akan mengukuhkan persekitaran IP nasional Malaysia KUALA LUMPUR: Malaysia menduduk… Read More
  • 150 SYARIKAT MINYAK BAKAL MUFLIS.. Kuala Lumpur – Kira-kira 150 syarikat minyak dan gas dunia dijangka jatuh muflis ekoran kejatuhan harga minyak mentah yang terus memberi tekanan kepada keuntungan syarikat. Menurut perunding tenaga, IHS Inc,bilangan syarik… Read More
  • EXCO KEDAH DIBINCANGKAN HARI INI 10 FEB: Spekulasi siapa yang bakal dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri Kedah bakal terjawab apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Na… Read More
  • Isu Pekerja Bangladesh : Rakyat Kita Berapa Ramai Sanggup Bekerja Dalam Keadaan Tidak Selesa? Kini para warga laman maya telah berubah dari pakar ekonomi kepada pakar pekerja asing atau pakar berkaitan sumber manusia. Ia berkaitan berita terkini bahawa ada 1.5 juta pekerja asing Bangladesh bakal dibawa masuk ke Mal… Read More