Sunday, 1 April 2018
Tindakan Petugas Memberi Penerangan Betul Dan Mengikut Prosedur
By @MNA at 18:40:00
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sebuah video yang ditularkan oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di Hospital Langkawi hari ini tidak menunjukkan sebarang kesilapan prosedur yang dijalankan oleh petugas hospital berkenaan.
Merujuk kepada Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam kenyataan berkata pengendalian kes oleh petugas dalam video berkenaan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, lelaki yang merakam video itu telah membawa isterinya yang hamil mengandung ke hospital itu pada jam 2.20 pagi dan terus diberikan layanan dan pemeriksaan awal oleh jururawat terlatih bertugas.
“(Hasil) pemeriksaan awal, saya difahamkan, ia bukan merupakan satu kes kecemasan (dan tidak memerlukan tindakan segera oleh doktor pakar),” katanya.
Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan dalam video itu telah memarahi jururawat berkenaan ekoran diminta menunggu kerana pakar perbidanan dan sakit puan sedang mengendalikan kes seorang ibu hamil yang mengalami masalah pendarahan dan memerlukan pembedahan segera.
Dalam pada itu, Dr Norhizan memuji jururawat yang berhadapan dengan kerenah lelaki berkenaan yang bertindak merakam video dan mengeluarkan kata-kata yang keterlaluan terhadapnya.
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat terhadap lelaki berkenaan dan pihak Hospital Langkawi sedang menyediakan laporan terperinci berhubung kes itu.
Beliau turut meminta orang ramai di sini untuk memahami sistem tugasan pakar yang dipanggil bertugas selepas waktu pejabat yang diguna pakai di semua hospital di negara ini.
Related Posts:
LGE Makin Panas ..Tembelang Dah Pecah.. Pada 23 Mac 2016, saya telah mengemukakan satu bukti berkenaan isu pemilikan hartanah yang sebelum ini dijangka untuk dibangunkan sebagai projek perumahan mampu milik 2 fasa di Taman Manggis, Penang. • Bukti tersebut… Read More
LTAT Mulakan Tindakan Undang-Undang Terhadap Rafizi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Rami, kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. “Adalah jelas sama sekali bahawa tuntutan yang di… Read More
Rafizi Hero Putar Alam Ditangkap -PKR Puas Hati 5 APRIL : Selama ini, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli mungkin merasakan dirinya hebat dan seolah-olah hero kerana kononnya selalu terkehadapan dalam mendedahkan segala macam keburukan kerajaan. Beliau juga sebe… Read More
Tun Mahathir Bersekongkol Dengan Individu Liberal, Kata Pakar Perlembagaan Gerakan Selamatkan Malaysia yang dikepalai mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak sangat berbahaya kerana ia turut disertai pihak yang ‘tidak percaya kepad… Read More
Guan Eng Cakap Pusing-Pusing.. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seharusnya memberikan tumpuan menyelesaikan isu yang sedang dihadapi beliau sendiri dan siasatan oleh SPRM ke atas dirinya berhubung pembelian banglo oleh beliau di bawah harga ata… Read More