Wednesday, 4 April 2018
MCA Kawan, DAP Lawan
By @MNA at 12:51:00
Lensa Beruang Biru
Ketika ini, MCA telah menjadi sasaran DAP, yang mempunyai matlamat untuk meranapkan parti berkenaan. Dengan kata lain, ia mahu menghapuskan MCA, iaitu sebuah parti yang mewakili kaum Cina di negara ini.
Maka dalam hal ini, adalah perlu bagi pengundi untuk membezakan siapa kawan dan siapa lawan kerana DAP selama ini memang cuba menangguk di air yang keruh.
MCA sudah memberikan janji taat setia serta mempunyai pendirian yang kuat bersama-sama dalam Barisan Nasional (BN) walaupun pada satu ketika, ada pemimpin DAP, Lim Lip Eng pernah mengajak MCA supaya meninggalkan UMNO dan bekerjasama dengan Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukan itu sahaja, DAP telah membuat provokasi dan menghasut kaum Cina supaya menolak MCA.
DAP memberi alasan kononnya akan berlaku Tsunami Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi, yang menyaksikan peralihan sokongan orang Melayu daripada BN kepada Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menakutkan kaum Cina yang menyokong MCA.
Realitinya, Tsunami Melayu tidak akan berlaku sebaliknya PRU14 ini bakal menyaksikan Tsunami Cina apabila pengundi Cina mula beralih arah dan kembali kepada BN.
DAP sebenarnya tidak mempunyai pendirian langsung dan tidak setia. Kalau dulu, DAP bekerjasama dengan PAS dan selepas memutuskan hubungan dengan parti Islam itu, kini merekalah pengkritik paling lantang terhadap PAS dengan dibantu parti serpihannya, PAN.
Pendirian DAP terhadap bekas pemimpin UMNO juga tidak konsisten. Dulu seteru politik mereka ialah Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Bermacam-macam gelaran diberikan tetapi apabila sudah duduk satu pentas, DAP sanggup menjilat ludah mereka itu, semata-mata kerana matlamat perjuangan mereka untuk menguasai negara.
Inilah wajah sebenar DAP yang mahu menguasai Putrajaya. Dengan angkuh mereka kini tidak segan silu menunjukkan kemesraan dengan Mahathir, yang juga bakal calon Perdana Menteri kitar semula untuk Pakatan Harapan.
Jangan lupa kepada pendedahan bekas orang kuat DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bahawa Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri. Walaupun dinafikan Kit Siang namun apa yang diperkatakan oleh Tunku Abdul Aziz itu perlu diambil serius.
Apa yang pasti sewajarnya pengundi Cina memberikan pengajaran kepada parti DAP ini. MCA dan DAP adalah dua parti yang berbeza prinsip. Perjuangan DAP di Malaysia juga adalah untuk membentuk sebuah negara yang sekular berpaksikan konsep ‘Malaysian Malaysia’.
Tidak seperti MCA, DAP lebih bersifat anti Melayu. Bukan itu sahaja, DAP juga pernah dikaitkan dengan dakwaan menerima dana berjumlah RM1.2 bilion daripada Israel. Walaupun DAP mempertimbangkan untuk menyaman pihak yang membuat dakwaan berkenaan pada 2016, namun hingga kini, ia masih mendiamkan diri.
Seperti kata Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker, walaupun MCA diperlekeh, dipersenda dan dijadikan bahan lawak oleh juak-juak DAP, harus diingat MCA tidak pernah mengkhianati hubungan setiakawan dengan orang Melayu dalam UMNO dan rakan-rakan lain dalam BN.
Malah MCA tetap setia dan menjadi sahabat sejati walaupun UMNO telah dibubarkan pada tahun 1988 semasa Mahathir menjadi presidennya.
Beruang Biru
Related Posts:
Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma Pada DAP Tak Kecoh Apabila ada sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyokong pembangkang mula kecoh dan kritik kerajaan dengan mendakwa kerajaan kononnya memih… Read More
Indoktrinasi DAP Berjaya, PAN Tidak Peduli Anjing Menari Depan Masjid Putrajaya Banyak lagi tempat boleh menari. Kenapa hendak dipilih depan masjid Putrajaya? Sengaja atau sudah dirancang begitu? Ini bukan sekali Namewee biadap, sebelum ini pun sama bila mempertikaikan azan Subuh pada tahun 200… Read More
DAP Akan Laksana GST Ikut Singapura Jika Perintah Putrajaya DAP adalah adik pada PAP di Singapura. Oleh kerana itu, bila DAP tawan sahaja Pulau Pinang pada 2008, Kuan Yew dijemput datang ke Komtar. Tidak mustahil, DAP akan meniru sebiji sebiji dasar PAP di Singapura kalau mereka b… Read More
Sampai Ke Amerika Syarikat, Mahathir Mahu Kutip Derma Esok Mahathir dan Muhyiddin dijadual ke Amerika. Satu delegasi yang diketuai oleh Mahathir dijangka akan ke sana untuk meminta campur tangan asing dalam pilihan raya umum ke-14 di Malaysia. Menurut pendedahan yang dibuat … Read More
Kerajaan BN Untuk Orang Muda, Kerajaan Pembangkang Untuk Orang Tua Tidak dapat dinafikan kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melupakan orang muda dan memastikan impian mereka diambil kira dalam pembangunan negara. Mener… Read More