Saturday, 17 February 2018
Pakatan Harapan Harapkan Pengaruh Mahathir Untuk Dapatkan Sokongan
By @MNA at 00:46:00
Pakatan Harapan (PH) tidak menafikan parti itu memerlukan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik sokongan orang Melayu.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohammad Sabu, berkata kekuatan PH sudah ada, namun pengaruh yang dimiliki Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, dilihat mampu menarik sokongan yang memungkinkan PH menang.
"Kekuatan itu sudah ada di kawasan Melayu sebab 'gerrymandering' (penyusunan semula) sudah melonggokkan orang bukan Melayu di satu tempat dan Melayu di satu tempat.
"Kalau orang Melayu tidak berubah banyak, maka kami sukar untuk mencapai kemenangan. Oleh itu kami nampak Tun Dr Mahathir masih ada sedikit upaya untuk diberi keyakinan oleh orang Melayu terutama dari segi pemikiran yang ditanam iaitu kalau PH menang, (Lim) Kit Siang akan jadi Perdana Menteri.
"Dengan kemunculan Tun Dr Mahathir, fahaman itu meresap di kalangan masyarakat Melayu,"
Mohammad mengharapkan sokongan Tun Dr Mahathir dapat mengubah mentaliti orang Melayu dengan kekuatan PH yang sudah sedia ada dan bergantung antara satu sama lain.
Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya budaya 'cah keting' dalam PH, Mohammad berkata itu adalah perkara biasa dan bergantung kepada pasukan perunding yang akan membuat keputusan.
"Itu perkara biasa sebab mereka lebih percaya ada keupayaan untuk menang, mana-mana parti memang begitu.
"Bila sudah berunding dan selesai, saya yakin mereka akan ikut keputusan seperti yang sudah berlaku di Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis.
"Bila sudah selesai, mana-mana parti termasuk PAN akan cuba mematuhi keputusan yang ditetapkan,"
Related Posts:
Janji Mansuhkan Tol Hanyalah Sekadar Retorik Pembangkang Sahaja 25 Oktober 2017, pakatan pembangkang membentangkan belanjawan alternatif. Salah satu dari sepuluh perkara utama dalam belanjawan alternatif pembangkang itu adalah menghapuskan tol. Pakatan pembangkang menyifatkan apa… Read More
Rasuah Terowong Satu Lagi Skandal Terbesar Guan Eng Di Pulau Pinang Kes Guan Eng beli banglo murah bawah harga pasaran akan dibicarakan pada bulan Mac nanti. Belum habis kes rasuah lama, kini terpacul pula kes baru skandal melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Kali … Read More
Tugas Kita Bantu Rakyat Bukan Menghasut Rakyat - Datuk Sham Mat Sahad Pembangkang tidak seharusnya menghina rakyat yang menerima bantuan daripada kerajaan sekiranya mereka sendiri tidak mampu membantu golongan memerlukan. Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat berkata tindakan… Read More
Wan Azizah Yang Jadi TPM Sementara, Sebelum Mahathir Naikkan Mukhriz Wan Azizah ketika ini sudah mula berbunga-bunga harapan bahawa dia akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang … Read More
Najib Ke Taman Syurga, Mahathir Mencari Banduan Penjara. Allah SWT yang muliakan dan angkat seseorang itu menjadi pemimpin. Tanpa izin Allah SWT, usahlah melawan ketentuan takdir. Alhamdulillah, semalam Datuk Seri Najib telah berjaya masuk ke taman syurga, Raudhah di Madinah. Ra… Read More