Saturday, 17 February 2018

Mukriz Tidak Belajar Sejarah Pertikai Derma Perjuangan Menuntut Kemerdekaan



Terpanggil untuk imbau kembali sejarah kemerdekaan negara untuk ajar Mukriz jangan terlalu biadap. Jika tidak faham erti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin terdahulu jangan tunjuk bodoh.

Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.

Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.

Mungkin ramai tidak mengetahui sebenarnya Tunku bergelut mencari dana untuk ke London bagi menuntut kemerdekaan.

Siti Rahmah bekas Ketua Pergerakan Kaum Ibu Bahagian Rembau adalah srikandi wanita Melayu yang sanggup menyerahkan gelang emasnya untuk membiayai perjalanan Tunku ke London.

Beliau menjadi insan pertama yang menyerahkan gelang emas pemberian bapa sebagai hadiah perkahwinan, semata-mata ingin melihat hasrat untuk mencapai kemerdekaan tercapai.

Menurut Siti Rahmah, beliau sanggup menghulurkan gelangnya kepada Bapa Kemerdekaan itu dengan meletakkannya ke dalam selendang merah dan ia diikuti oleh anggota kaum ibu yang lain yang turut menyerahkan barang kemas mereka.

“Orang lelaki bagi tongkat berkepala emas, cincin, jam emas dan golongan ibu pula bukan sahaja menyerahkan barang kemas, tetapi kerongsang baju dan pin baju juga diserahkan.

Mari belajar sejarah
Ada beza banyak tu perbandingan yang dibuat Mukhriz Mahathir. Jangan jadi lembam sangat.

1. Tunku Abdul Rahman dan rombongan pergi ke London untuk menuntut kemerdekaan negara. Derma orang ramai adalah untuk fisabilillah. Derma untuk PPBM dan Mukhriz Mahathir untuk mengisi tabung parti bertujuan mengkucar kacirkan negara.


2. Tunku mohon derma demi kemerdekaan negara. Manfaat untuk Rakyat hukumnya harus. Menderma untuk PPBM untuk merosakkan Negara, Rakyat dan umat Islam - Hukum asal harus menderma itu jatuh kepada haram.

3. Tunku jual rumah, jual kedai untuk biaya ke London. Ayah boboi setakat jual t-shirt dan topi saja kan?

4. Tunku meminta derma dan pada masa yang sama nenghantar anak cucu menaiki jet peribDi mewah, kapal layar mewah dan bercuti di luar negara.

5. Tunku tidak meminta derma dan pada masa yang sama beberapa anak-anak beliau billionaire yang memiliki beratus syarikat hasil kerja bapa mereka selama 22 tahun.

Siti Rahmah masih ingat sehingga sekarang kata-kata loghat utara Tunku Abdul Rahman yang mendorong beliau bertindak sedemikian.

Kata Tunku: “Saya ni nak pi London bersama-sama Raja-Raja Melayu, UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, nak bagi Malaya merdeka.”

Menurut Siti Rahmah ketika sebut perkataan “tak dak duit”, Tunku menangis.

“Orang biasa menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipi. Saya duduk di depan ketika itu terus bangun sambil berkata, patik menyahut seruan Tunku, patik reda,” katanya semasa mengimbas kembali peristiwa itu.

Menurut ibu kepada lima anak dan enam cucu itu, suami tercinta, Allahyarham Mohd. Majzud Yunus yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 1983 sentiasa memberi sokongan moral untuknya berjaya dalam bidang politik.

Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta

Mohon Mukriz usah terlalu lembam sebagai anak bapa, hormati susah payah perjuangan menuntut kemerdekaan pemimpin terdahulu. Pengorbanan yang dilakukan demi selamatkan negara bangsa hari ini. Bukan perjuangan untuk individu atau kroni seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir sekarang.

MNA