Monday, 15 January 2018
Satu Demi Satu Institusi Diraja Dihina Pembangkang
By @MNA at 17:44:00
LENSA BB, Lensa Beruang Biru
Kenapalah pembangkang di Malaysia ini suka sangat hendak serang institusi Raja Melayu?
Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz yang memperlekeh dan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenaka dalam ceramah politiknya adalah amat "kurang ajaq" sama sekali.
Dalam ceramahnya itu, Mahfuz telah membandingkan Sultan Ahmad Shah yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sedang gering dengan kewajaran melantik Mahathir sebagai calon Perdana Menteri walaupun sudah berusia 92 tahun.
Klip video ceramah Mahfuz itu kini viral menerusi WhatsApp. Boleh lihat video Mahfuz yang biadap itu di pautan ini ;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1639229376172012&id=1122306847864270
Kes melibatkan Mahfuz ini bukan yang pertama sebaliknya sudah beberapa kali berlaku. Sebelum ini Mahathir yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) berdepan dengan kemarahan orang ramai terutama keturunan Bugis.
Tindakan Mahathir yang menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal dari golongan lanun, perompak dan penjenayah telah menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka dengan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Walaupun diasak ramai, Mahathir sehingga kini masih belum mengemukakan permohonan maaf di atas kenyataan yang dibuatnya mengenai bangsa Bugis dalam satu himpunan di Petaling Jaya, tahun lepas.
Tidak lama kemudian, seorang lagi ahli DAP, Zaid Ibrahim sekali lagi mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor apabila baginda berdukacita dengan tindak-tanduk Zaid yang sengaja memutar-belitkan kenyataannya mengenai Mahathir.
Zaid menulis dalam twitter miliknya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lain menegur Mahathir berhubung kenyataannya yang menghina masyarakat Bugis.
Apa yang berlaku ini telah mencetuskan kebimbangan ramai. Kenapa perlu melibatkan institusi diraja dalam ceramah politik sedangkan banyak benda lain yang boleh dijadikan contoh oleh pemimpin pembangkang.
Ia juga menunjukkan bagaimana adab dan budaya Melayu semakin hilang hingga ke tahap sanggup memperlekehkan titah Sultan dan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.
Jika di Thailand, sudah tentu mereka yang menghina institusi diraja ini akan dikenakan hukuman berat. Ini kerana Thailand mempunyai undang-undang lese-majeste yang mengenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun terhadap mereka yang menghina keluarga diraja negara itu.
Malangnya di Malaysia, walaupun diberikan peluang supaya meminta maaf di atas penghinaan berkenaan, ada pemimpin pembangkang ini enggan melakukannya dan masih mempertahankan kenyataan mereka.
Mungkin tiba masanya Malaysia juga melaksanakan undang-undang seperti Thailand dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina institusi diraja.
Ini kerana institusi diraja di negara ini menunjangi kedaulatan, keutuhan, kestabilan dan kesejahteraan negara khususnya menjaga kesucian agama Islam dan memelihara kepentingan orang Melayu.
Jika bangsa Melayu sendiri memperlekehkan institusi diraja, ia hanya menjadi contoh yang tidak baik kepada bukan Melayu. Orang seperti inikah yang ingin kita jadikan sebagai pemimpin? Tolonglah tolak ketepi sahaja mereka ini. Mereka yang hina institusi raja ini hanyalah "screw" DAP semata mata.
Tulisan :
Beruang Biru
BB739, Isnin
15 Januari 2018