Mana jatuh kuah kalau tidak ke nasi. Perangai memberi fatwa “tahap gaban” Mahathir ini berjangkit pada anaknya pula. Mukhriz nampaknya sudah jadi biadab “tahap gaban” apabila boleh mempersoalkan tentang keimanan seseorang yang jadi insan terpilih dapat masuk ke dalam Kaabah di Masjidil Haram.
Dalam ucapannya semasa majlis perasmian PPBM Bahagian Setiawangsa, Ahad lepas, Mukhriz mempersoalkan keimanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru-baru ini diberikan keizinan oleh Allah SWT untuk masuk ke dalam Kaabah dan masuk ke dalam Makam Nabi Muhammad SAW ketika mengerjakan umrah.
Mukhriz menuduh Najib masuk ke dalam Kaabah dan dibenarkan masuk ke dalam Makam Rasulullah adalah sebagai satu propaganda. Habis itu bapa dia dulu masuk dalam kaabah itu apa pula? Propaganda juga kah?
Teruk sangat tahap politik “boboi” ini, sampai sanggup pertikaikan dan tuduh Datuk Seri Najib menipu dalam soal ibadah. Banyak sangat tengok cerita “Space Cop Gaban” Mukhriz ini. Kalau dalam cerita Gaban, ada satu “part” itu dipanggil ‘tarik masuk ke dalam ruang angkasa syaitan”. Moga Mukhriz tidak ditarik masuk dalam ruang itulah.
Kerana mahu kuasa dan jawatan Perdana Menteri sanggup jadi kurang ajar kepada orang lain untuk memenuhi nafsu politik sendiri. Patutlah banyak komen komen daripada pihak pembangkang yang mengutuk Datuk Seri Najib mengerjakan ibadah umrah di media sosial, rupa rupanya pemimpin pembangkang di atas pun tumpang ‘sekole’ juga.
Ini contoh yang tidak baik dan boleh merosakkan masyarakat di peringkat bawahan. Kerana agenda politik peribadi dan mahu perjuangkan kroni, sanggup budayakan politik maki hamun dan caci mencaci ini. Sanggup jadi “Darth Vader” dan kuasa jahat.
Mahathir sendiri sebagai seorang yang sudah tua, perlu tunjukkan tauladan yang baik kepada anak anak muda. Ini tidak, kalau ceramah, penuh dengan serangan peribadi terhadap Najib dan Datin Seri Rosmah. Kata-kata kutukan, keji dan caci jadi bahan ceramah Mahathir.
Mahathir dalam Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017 yang lepas menghina darah asal usul Bugis iaitu keturunan Najib dengan mengatakan bahawa orang Bugis adalah berketurunan lanun dan perompak. Mahathir buat semua orang Bugis murka termasuk Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar.
Walaupun Raja Melayu sudah murka, Mahathir enggan memohon maaf atas kenyataan itu sebaliknya terus pertahankan kenyataannya.
Mahathir juga mengejek isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai gemuk ‘gedempoi’. Ia adalah satu penghinaan kepada isteri seorang pemimpin negara. Mahathir kata begitu ketika berucap dalam satu majlis parti PPBM di Jitra, Kedah.
Mahathir tidak sedar diri langsung bahawa Najib merupakan orang yang selamatkannya dalam pemilihan UMNO tahun 1987 apabila Mahathir hampir kalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah dengan hadir beri sokongan pada saat akhir menjelang hari pemilihan UMNO. Kalau tidak, Mahathir jadi Perdana Menteri selama 6 tahun sahaja.
Selain itu, sudah tidak terkira berapa kali Mahathir mengggelarkan Najib sebagai perompak dengan tuduhan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mahathir tuduh duit 1MDB hilang tetapi pada masa sama syarikat pelaburan strategik negara itu tidak pernah mengalami kerugian pun sehingga hari ini.
Agaknya, Mahathir yang ajar Mukhriz supaya bersikap biadap “tahap gaban” begitu.
"Saya nak terangkan dan semua tahu perkara ini, Najib itu bukan pemimpin yang boleh kita ikut. Orang seperti ini wajib kita tolak dan pastikan dia tak lagi memerintah lagi," kata Mukhriz.
Sedap sangat dia cakap, habis itu DAP itu baik sangatlah? Ikut sahaja punggung DAP siang dan malam. DAP beri projek terowong kepada syarikat fesyen pun, Mahathir tidak berani cakap apa. Skandal rasuah, tanah runtuh, banjir, kilang haram dan seleweng duit terowong sampai RM305 juta, Mahathir tidak berani kata apa. Takut dengan DAP sampai jadi bisu.
Cara berpolitik Mahathir, Mukhriz dan PPBM sudah tidak ada lagi batas dan adab Melayu. Mereka caci orang dan pertikaikan ibadah umrah PM. Dengan orang yang dulu mereka panggil peliwat, hari ini mereka muliakan. Dengan DAP yang dulu mereka kata musuh Islam, hari ini mereka ikut punggung DAP, siang dan malam.
Inilah PPBM, parti Melayu yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk serang orang Melayu balik. Institusi Raja pun mereka serang dan pertikai. Mahfuz hina Sultan Pahang dan masih tidak mahu minta maaf. Mahfuz ikut cara Mahathirlah, tidak mahu minta maaf.
Kerana hendak pada kuasa, mereka sanggup cakap apa sahaja untuk menjatuhkan orang Iain. Sanggup jadi biadap dan kurang ajar untuk politik. Inikah nilai nilai murni yang dulunya disebut oleh Mahathir? Inikah nilai nilai Timur yang dulu Mahathir selalu cakap? Bukan lagi, ini perangai orang gila kuasa. Sanggup buat apa sahaja.
Tulisan :
Beruang Biru
BB740, Selasa
16 Januari 2018