SUBANG - Malaysia terus membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dengan menghantar 10 tan lagi bantuan kemanusiaan ke Cox's Bazar melalui penerbangan tentera, hari ini.
Rombongan diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor itu juga meninjau kesan hospital medan Malaysia di wilayah Ukhia di Cox's Bazar, sejak Disember lalu.
Misi berkenaan disertai 57 wakil Pejabat Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tujuh petugas media dari pelbagai agensi tempatan.
Penghantaran delegasi yang turut disertai Duta Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini.
Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan wakil kedutaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.
Pesawat tentera Airbus A400M berlepas ke Chittagong pada jam 9 pagi tadi, dijangka tiba di destinasi dalam masa dua jam setengah. Ini misi kemanusiaan ketiga Malaysia ke Bangladesh.
Misi kemanusiaan kali ini turut mendapat sokongan Arab Saudi dan UAE yang akan memberi bantuan peralatan perubatan hospital medan Malaysia.
Operasi hospital medan itu diketuai Kementerian Kesihatan dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Relief Agency (MRA), Islamic Medical Association Relief Team, Mercy Malaysia dan Humanity Heroes.
Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan wakil kedutaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.
Pesawat tentera Airbus A400M berlepas ke Chittagong pada jam 9 pagi tadi, dijangka tiba di destinasi dalam masa dua jam setengah. Ini misi kemanusiaan ketiga Malaysia ke Bangladesh.
Misi kemanusiaan kali ini turut mendapat sokongan Arab Saudi dan UAE yang akan memberi bantuan peralatan perubatan hospital medan Malaysia.
Operasi hospital medan itu diketuai Kementerian Kesihatan dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Relief Agency (MRA), Islamic Medical Association Relief Team, Mercy Malaysia dan Humanity Heroes.
Pembinaan hospital medan dan penyediaan aset perubatan serta latihan teknikal kakitangan perubatan awam dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia.
Sehingga kini, pasukan perubatan Malaysia di hospital medan merawat lebih 3,768 pesakit.
Malaysia juga mengerahkan aset hospital medan dan peralatan perubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan sebanyak RM3.5 juta selama tiga bulan.
Malaysia Terus Bantu Rohingya - PM Najib Razak
Malaysia akan terus memperjuang nasib pelarian Rohingya menerusi pelbagai platform, selagi isu kemanusiaan yang membelenggu kelompok pelarian tertindas itu, tidak selesai.
Komitmen itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghantar bantuan kemanusiaan dan delegasi khas ke Cox's Bazar, Bangladesh melalui penerbangan tentera hari ini.
"Selagi tidak selesai, Malaysia akan terus perjuang melalui pelbagai platform sebab ini isu kemanusiaan.
"UAE (Emeriah Arab Bersatu) dan Arab Saudi juga bersama Malaysia. Ini gambarkan solidariti negara Islam (dalam isu Rohingya)," katanya dalam sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi ini.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Shahidul Islam, serta wakil Kedutaan Arab Saudi dan UAE.
Delegasi diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan misi kemanusiaan ketiga Malaysia itu disokong Arab Saudi dan UAE.
Dua negara Arab itu membantu kelengkapan perubatan di hospital medan Malaysia.
Mandat hospital medan Malaysia yang diterajui Kementerian Kesihatan dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berakhir pada 16 Februari depan.
"Kita tunggu laporan daripada PAT (Panglima Angkatan Tentera) sama ada (keperluan) lanjut atau tidak (operasi Hospital Medan Malaysia)," kata Perdana Menteri ketika ditanya mengenai operasi hospital itu.
Operasi hospital medan Malaysia turut disokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Relief Agency (MRA), Islamic Medical Association Relief Team (IMARET), Mercy Malaysia dan Humanity Heroes.
Malaysia negara pertama menghantar bantuan kemanusiaan ke Bangladesh pada 9 September lalu selepas lebih 650,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari barat Myanmar akibat operasi tentera pada 25 Ogos lalu.
Sehingga kini, Malaysia mengerahkan aset hospital medan dan peralatan berubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan RM3.5 juta untuk tempoh tiga bulan sehingga pertengahan Februari depan.
Raja Mohamed Affandi berkata, misi kemanusiaan ketiga itu dan penghantaran delegasi khas yang disokong Arab Saudi dan UAE itu menunjukkan keprihatinan dan peranan Malaysia dalam membantu etnik Rohingya.
Operasi Hospital Medan Bergantung Kepada Laporan
Keputusan meneruskan operasi Hospital Medan di Cox's Bazar bergantung kepada laporan Panglima Angkatan Tentera (PAT) kepada Perdana Menteri.
Hospital medan diterajui Kementerian Kesihatan dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan berakhir mandat operasi selama tiga bulan pada 16 Februari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mengambil kira laporan PAT, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mengetuai delegasi khas ke Cox's Bazar hari ini.
Katanya, Malaysia berharap lebih banyak negara tampil membantu seperti dilakukan Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang menyalurkan kelengkapan perubatan di hospital medan.
"Laporan akan bantu Perdana Menteri memutuskan terus atau tidak (dibiayai), ketiga-tiga negara. Apa yang penting usaha ke hadapan," katanya ditanya mengenai operasi hospital itu.
Beliau berkata demikian selepas pelepasan misi kemanusiaan ketiga Malaysia ke Bangladesh dan lawatan delegasi khas ke Bangladesh di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pagi tadi.
Duta Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh turut menyertai misi itu yang menghantar 10 tan bantuan kemanusiaan ke Bangladesh melalui pesawat Airbus A400M.
Pesawat itu diterbangkan Pegawai Memerintah 22 Skuadron TUDM, Leftenan Kolonel Baharin Mohamed.
Hishammuddin berkata, Malaysia menyokong usaha Bangladesh membantu pelarian Rohingya sehingga kelompok minoriti dari Myanmar itu dihantar pulang ke negara asal mereka dengan jaminan keselamatan.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md.Shahidul Islam, berkata Kerajaan Bangladesh pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina menyambut baik usaha Malaysia selain komited menghantar pelarian Rohingya ke negara asal.
"Malaysia negara pertama yang respons dan hantar bantuan," katanya.
Malaysia negara pertama yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Bangladesh pada 9 September lalu selepas lebih 650,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari barat Myanmar akibat operasi tentera pada 25 Ogos lalu.
Sehingga kini, Malaysia mengerahkan aset hospital medan dan peralatan
perubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan hospital itu RM3.5 juta untuk tempoh tiga bulan sehingga pertengahan Februari depan.