“Keadilan” yang dicari oleh ahli ahli PPBM itu adalah tentang agihan kerusi Dewan Undangan Negeri yang perlu ditandingi oleh parti PPBM. Mereka menyifatkan beri 6 kerusi sahaja kepada PPBM dan diberi di kawasan yang hitam adalah satu bentuk ketidak adilan kepada PPBM Negeri Sembilan.
Itulah punca kekecohan berlaku. Belum lagi berlaku pilihanraya, pembangkang sudah huru hara. “Keadilan” yang mereka cari dalam pembangkang tiada. Mana ada keadilan dalam pembangkang, yang di atas hanya sibuk mahu kejar kerusi untuk kuasa semata mata. Mereka anggap orang yang keluar parti dan protes sebegitu sebagai sampah sahaja.
Itu dalam parti bunga, dalam parti mata lebam pula sedang dijangkiti virus undi rosak. Kuat kempen undi rosak dilakukan oleh otai otai lama reformis. Mereka protes kuat bila nama Mahathir diumumkan menjadi calon Perdana Menteri sekali lagi. Otai otai inilah dulu yang kuat melaungkan “keadilan” di Dataran Merdeka ketika Reformasi 1998.
Kini ‘keadilan’ apa yang mereka dapat? Pemimpin yang dulu mereka laungkan sebagai dianaiya,diracun dan ditumbuk matanya kini sudah bersama sama dengan orang yang mereka suruh undur dan gelar “Mahafiraun”. Slogan keadilan yang mereka laungkan dahulu hanyalah laungan retorik dan hampas semata mata.
Mereka yang kena gas pemedih mata dan dipukul dengan cota merasai “keadilan” yang berat sebelah kini bila Anwar Ibrahim dan Mahathir berpakat balik dalam satu pasukan. Keadilan apa jika ambil balik orang lama yang digelar diktator dan Mahafiruan duduk balik di tempat kuasa. Orang orang PKR juga yang cakap, kini mereka sedang menjilat balik cakap mereka dahulu.
Syed Saddiq semasa Reformasi 1998, baru berusia 6 tahun. Masih lagi menyusu botol dan pakai pampers. Mana rasa lagi apa yang otai otai reformis ini rasa. Sekarang orang yang dulu masih menyusu dan pakai pampers ini cakap rindu balik zaman Tun Mahathir? Bukankah itu sesuatu yang kelakar bunyinya.
Tidak ada keadilan dalam pembangkang. Begitu juga dalam DAP. ADUN Tanjung Bungah yang lantang bersuara mengenai kes tanah runtuh disekat peruntukannya oleh Guan Eng. Lebih teruk lagi, tiga hari lepas, 5 pegawai pegawai pejabat ADUN Tanjung Bungah ini menerima surat pemecatan daripada DAP.
Mereka yang dipecat ini hendak makan apa menjelang sambutan Tahun Baru Cina ini? Guan Eng dan DAP langsung tidak fikir soal kebajikan dan anak anak mereka yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada bulan hadapan. Hanya kerana tidak bersetuju dengan Guan Eng, satu pejabat kena pecat.
Tidak mustahil kalau DAP dan pembangkang menguasai Putrajaya mereka akan bertindak lebih kejam daripada itu. Penang Institute sudah membuat kajian dan mencadangkan agar 700,000 orang kakitangan awam dibuang dari Putrajaya. Inilah keadilan bagi DAP dan pembangkang. Keadilan yang berat sebelah sama sekali.
Hanya Barisan Nasional yang menawarkan keadilan yang sebenar kepada rakyat. Datuk Seri Najib sudah beri jaminan tidak akan buang penjawat awam.
"Saya anggap penjawat awam sebagai benteng dan tulang belakang kerajaan. Justeru, kerajaan berjanji tidak akan mengecilkan atau mengurangkan saiz perkhidmatan awam. Ini kerana ada pihak (pembangkang) yang sudah menguar-uarkan ingin mengecilkan saiz perkhidmatan awam sekiranya memerintah negara ini kerana kononnya dapat menjimatkan perbelanjaan negara," kata Datuk Seri Najib di Wisma Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan pada 28 Januari 2018.
Datuk Seri Najib semalam meluluskan beberapa projek berimpak besar di Kelantan. Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa. Biarpun diperintah oleh kerajaan negeri yang berlainan parti, namun pembangunan untuk rakyat diberikan secara adil oleh kerajaan Barisan Nasional.
Begitu juga dengan Pulau Pinang, ketika dilanda musibah banjir, Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun membantu rakyat Pulau Pinang, biarpun negeri itu ditadbir oleh kerajaan DAP. Barisan Nasional melaksanakan dasar yang adil berlandaskan prinsip Islam. Berlaku adil kepada semua pihak yang berhak.
“Jangan berlaku ketidakadilan, kita mesti berlaku adil sebab itulah saya berbeza dengan pendirian pendahulu saya yang menjadi pemimpin selama 22 tahun yang telah meminggirkan Kelantan ini atas perbezaan politik’ kata Datuk Seri Najib.
Hanya Barisan Nasional mampu memberikan keadilan yang saksama kepada rakyat. BR1M diberi tanpa pilih apa warna parti. Diberi kepada semua rakyat yang layak.
Keadilan tidak ada dalam pembangkang. Belum bertanding, mereka sudah bergaduh dan huru hara. Pilihan yang terbaik untuk rakyat adalah Barisan Nasional bukannya pakatan pembangkang.
Tulisan :
Beruang Biru
BB758, Isnin
29 Januari 2018