Monday, 1 January 2018
DAP Guna Strategi Zionis PecahBelahkan Parti Melayu
By @MNA at 14:44:00
Jelas dan terang DAP menggunakan strategi ala Zionis untuk memecah belahkan parti Melayu bagi memastikan matlamat politik mereka untuk mentabdir negara ini tercapai.
Strategi DAP ialah dengan mempengaruhi parti Melayu yang lemah dengan menawarkan talian hayat politik.
DAP telah menggunakan talian hayat politik untuk mempengaruhi parti Melayu yang lemah dan setelah dia (DAP) mendapat sokongan daripada parti Melayu yang lemah, DAP akan bertindak memecahkan parti Melayu
“Ini adalah strategi ala zionis di mana kalau tidak boleh lawan, dia akan menimbulkan kekeliruan. Jadi, DAP ada kecenderungan menggunakan pendekatan yang hampir sama.
Cara itu juga turut digunakan DAP untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya masyarakat cina dengan harapan mereka berada di belakangnya.
Menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Datuk Huan Cheng Guan DAP bukanlah parti yang ingin melihat keamanan dan kemakmuran di kalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama, tetapi mereka sebuah parti yang punyai matlamat untuk memecah-belahkan kaum di negara ini.
Lihat di Pulau Pinang Sebelum memerintah, mereka (DAP) tiada masalah. Tetapi lihat apa yang berlaku selepas mereka berjaya tawan Pulau Pinang? Berani bertegas menyatakan Negara akan aman tanpa DAP.
"Lihat sahaja di Pulau Pinang, dulu tiada masalah untuk meraikan perayaan yang besar, tapi kini, perayaan Thaipusam diadakan dua perbarisan yang berlainan mengikut kasta...itu menunjukkan DAP sengaja nak pecah belahkan kaum India di sana.
Ada yang kata DAP ni Developer Action Party atau pun Damn Arrogant Party kerana sikap sombong dan angkuh mereka dan ghairah menarah bukit-bukau sehingga menyebabkan banjir lumpur yang amat teruk berlaku di Pulau Pinang,
Bila orang melayu hendak sedar, agaknya hilang semua kuasa baru mahu tepuk dahi. Ingatlah masa itu sudah terlambat. Bangkitlah wahai bangsa ku!
Related Posts:
Kerjasama Yang Jitu Zahirkan Kemenangan BN Di Cameron Highlands - Hadi Awang Bercakap berkaitan kemenangan BN di PRK Cameron Highlands Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parli… Read More
Peratusan Keluar Mengundi Penentu Kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menyaksikan peratusan keluar mengundi direkodkan lebih tinggi berbanding yang direkod dalam empat PRK sebelum ini. Setakat jam 2 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (S… Read More
Projek Leboh Raya Pan Borneo Idea DSNR Di dalam majlis perasmian jajaran Telok Melano ke Sematan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang berlangsung semalam, Menteri Kerja Raya, Baru Bian sekali lagi mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh mantan Perdana … Read More
Kenapa Gabungan BN Dan PAS Menakutkan Pakatan Harapan? Keputusan PRK Parlimen Cameron Highlands hakikatnya mengesahkan bahawa jika berlaku kerjasama antara BN dan PAS sudah tentu mampu menatijahkan keputusan yang memberangsangkan.Sebab itulah PH hakikatnya gerun dan amat takut … Read More
Tahniah Kepada Tn Ramli BN Menang Di PRK Cameron Highlands Keputusan rasmi menunjukkan 80 daripada 89 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands mendapati Barisan Nasional (BN) mendahului dengan majoriti 4,569 undi setakat jam 7.50 malam ini. Keputusan rasm… Read More