Tuesday, 12 December 2017

Lim Kit Siang Naik Angin Tembelang Jadi PM Pecah


Tembelang Pecah adalah punca utama veteran DAP, Lim Kit Siang marah terhadap ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ada tiga sebab kenapa Kit Siang menjadi ibarat cacing kepanasan. Pertama, kerana tembelang dia mahu menjadi Perdana Menteri pecah. Kedua, kerana ahli UMNO dan orang Melayu/Bumiputera diingatkan tentang kemusnahan dan bencana yang bakal diakibatkan oleh DAP di bawah Dinasti Lim jika Pakatan berjaya memerintah. Ketiga, kerana pembohongan DAP dan Pakatan selama ini telah didedahkan.

Lim Kit Siang memulakan kenyataannya dengan pembohongan iaitu gaji Puad lebih tinggi daripada menteri kerana beliau hanya perlu melapor kepada Perdana Menteri dan mempertahankan Perdana Menteri.

Kenyataan tersebut ujar beliau adalah pembohongan yang nyata kerana seluruh institusi perkhidmatan awam mengetahui bahawa gaji menteri lebih tinggi daripada pegawai yang digajikan secara kontrak _'for service'_ dan menerima gaji secara _'lump sum'_.

Lim Kit Siang juga jelas berbohong kerana apabila mengulas ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO, Puad melakukannya di atas kapasiti ahli MT UMNO Malaysia dan bukan sebagai Ketua Pengarah JASA seperti yang didakwa._

Ini hanya salah satu contoh pembohongan Kit Siang dan DAP, tidak termasuk pembohongan yang lain seperti dongeng 40,000 pengundi Bangladesh, 'black out semasa pengiraan undi' dan lain-lain pembohongan lagi, termasuk yang berkaitan 1MDB,”_ katanya.

Mengulas mengenai niat Kit Siang menjadi Perdana Menteri seperti yang didedahkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi Tan Beng Huat, perkara tersebut adalah tidak mustahil demi survival politik anaknya.

Sikap DAP terhadap agama dan institusi Islam selama ini membuktikan ancaman parti majoriti Cina itu terhadap Islam adalah benar.

Dalam perlembagaan DAP sendiri katanya menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah ‘dokumen sekular dan antara matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal’, iaitu suatu perkara yang menafikan kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan dan peranan serta pengaruhnya dalam penentuan dasar, program serta aturan-aturan tertentu di dalam negara.

Sudah tentu Kit Siang tidak senang hati apabila Datuk Puad membangkitkan pula tentang hasrat DAP mahu menjadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri. Walaupun DAP menafikannya, Puad menegaskan bahawa bekas ahli DAP, iaitu Razali Abdul Rahman, orang Melayu yang pernah menjadi orang kanan Lim Guan Eng, telah membuat laporan polis mengesahkan dakwaan ini dan mengakui bahawa beliau sendiri hadir dalam pertemuan paderi-paderi yang turut di hadiri oleh ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii.

Kit Siang tidak perlu berlakon seolah-olah sangat prihatin mengenai soal tadbir urus dan kleptokrasi kerana negeri yang ditabdir Dap dan anaknya sendiri telah ditadbir dengan begitu teruk dan anaknya sendiri didakwa at atas kesalahan rasuah,”_ katanya.

Keprihatinan palsu Kit Siang ini juga jelas apabila dia sanggup bekerja sama dengan 'kleptokrat sebenar' yang pernah didakwa oleh Kit Siang sendiri telah mengakibatkan negara hilang berbilion ringgit akibat ‘skandal Forex Bank Negara’ dan yang mengamalkan _nepotisme_ serta kroni _kapitalisme_ sehingga anak-beranaknya boleh menjadi begitu kaya dalam masa yang singkat.

Keprihatinan Kit Siang terhadap demokrasi juga hanya sandiwara semata-mata kerana di dalam parti DAP, pemilihan jawatankuasa pusat telah diserang sebagai suatu proses yang tidak demokratik dan melanggar peraturan.

Manakala dari aspek pentadbiran parti, bekas ahli DAP sendiri, Tan Beng Huat menyebut, Kit Siang bukan sahaja tidak bertolak-ansur, dia juga diktator. Cuba lihat apa yang dia dan anaknya lakukan terhadap mereka yang menentang’.

Tidak perlu menegakkan benang yang basah, apa lagi yang Kit Siang hendak bohongi.


Related Posts: