Sunday, 3 December 2017

Laporan RCI Forex Serlah Sikap Hipokrit ‘Dinasti Lim'



UMUM mengetahui bahawa laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an telah dibentangkan di Dewan Rakyat Khamis lalu._
Dalam laporan setebal 400 muka surat itu dinyatakan RCI menemui bahawa:

I. BNM telah mengalami kerugian sebanyak RM31.5 billion daripada tahun 1992 sehingga 1994.

II. Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah memberi lampu hijau kepada Menteri Kewangan (ketika itu), Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memberi kenyataan yang mengelirukan jemaah menteri.

III. BNM dengan sengaja menyembunyikan kerugian dengan memindahkan saham ke dalam akaun mereka melalui kenaikan harga saham tersebut.

IV. Pecah amanah dilakukan oleh Mahathir, Anwar, Tun Daim Zainuddin, Nor Yakcop, pegawai Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit mengesyorkan mereka disiasat lanjut oleh polis.

2. Untuk rekod, kerugian urusniaga BNM ini sebenarnya telah lama dipersoalkan terutamanya oleh pembangkang. Lebih khusus lagi, veteran DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Selama lebih 20 tahun perkara ini telah mereka bangkitkan.

3. Justeru itu, sepatutnya orang yang paling gembira dengan laporan RCI ini adalah Kit Siang, Guan Eng dan DAP. Namun peliknya hari ini mereka senyap sunyi.

4. Ini sekaligus telah menyerlahkan sikap sebenar mereka yang hipokrit. Setelah Mahathir kini berada di pihak mereka, kerugian RM30 billion ini bukan lagi isu bagi mereka. RM30 billion pada awal 90an, nilainya pada tahun 2016 (menganggap inflasi tahunan 3%) adalah RM59 billion.

5. Lazimnya BNM membayar dividen tahunan kepada kerajaan. Dividen yang lebih tinggi pastinya boleh dibayar oleh BNM kepada kerajaan sekiranya tiada kerugian sejumlah RM31.5 billion. Bayangkan berapa banyak pembangunan negara boleh dibiayai daripadanya!

Related Posts: