Tuesday, 14 November 2017
Sesiapa Yang Bertuah Akan Terima Pangilan Dari Perdana Menteri Di Expo NegaraKu
By @MNA at 22:47:00
Rakyat berpeluang untuk bercakap dengan Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara yang lain menerusi telefon yang disediakan sempena Ekspo Negaraku Kuala Lumpur 2017 yang bermula esok hingga 15 Disember depan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, deringan telefon itu akan dibuat secara rawak dan individu bertuah akan dapat bercakap dengan Datuk Seri Najib Tun Razak secara live.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan melawat Simulasi Train di tapak Expo Negaraku 2017 semasa Media Preview di Kubah Expo Negaraku Dataran Merdeka
“Bila telefon berbunyi pengunjung perlu mengangkat untuk mendengar penjelasan tentang industri telekomunikasi, kita juga randomly minta menteri-menteri termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk memanggil mana-mana telefon yang random itu, mana-mana pengunjung yang dapat angkat telefon dimana panggilan dibuat oleh Perdana Menteri contohnya, beliau akan dapat berinteraksi dengan perdana menteri.
“Kita akan minta pemimpin negara membuat panggilan telefon dan mereka akan dapat berbicara dengan pemimpin negara,” katanya.
Program itu juga jelas Rahman lagi turut menyediakan pelbagai program interaktif sekaligus membawa kelainan daripada pameran-pameran yang pernah dianjurkan pihak kerajaan sebelum ini,
berbanding pameran dan program lalu yang hanya bersandarkan bacaan, ekspo kali ini adalah bersifat interaktif kepada pengunjung menghayati setiap slot dalam bentuk tiga dimensi.
“Pameran yang diadakan dalam lima kubah khas yang dibina itu adalah bersifat interaktif yang menyediakan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat mengenai segala infrastruktur pengangkutan awam negara hanya menerusi sentuhan, mendengar dan mencuba program simulasi pengangkutan yang disediakan.
Katanya, ekspo yang mempromosikan infrastruktur negara bertaraf antarabangsa itu adalah program julung kali menerus cetusan idea Najib yang mensasarkan kunjungan 500,000 orang selama 30 hari.
Katanya, kubah ketiga dalam ekspo itu menyediakan segmen telekomunikasi dengan pengunjung berpeluang menggunakan simulasi pengawal menara trafik udara untuk berkomunikasi dengan juruterbang bagi pelepasan dan pendaratan pesawat di lapangan terbang.
Tambah beliau, pengunjung juga boleh merasai sendiri simulator memandu bas Rapid, simulator perjalanan tren pelbagai Transit Aliran Ringan (LRT), MRT, Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan rel berkelajuan tinggi (HSR) dengan tempat duduk sebenar beserta maklumat di skrin televisyen memaparkan destinasi yang dilalui tren.
“Sepanjang ekspo berkenaan, jalan berhampiran Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad akan ditutup untuk awam, dan orang ramai digalakkan menggunakan bas, tren dan motosikal untuk keselamatan umum.
“Malah perbincangan telah diadakan dengan perkhidmatan Grab yang bersetuju menyediakan diskaun RM5 untuk pengunjung ekspo bagi setiap perjalanan mereka.
“Selain itu, bagi memastikan pengunjung dapat menghayati setiap slot dalam lima kubah itu, kita akan memastikan pergerakan pelawat secara berperingkat supaya suasana lebih selesa dan tidak diganggu kesesakan terlampau.
“Untuk memastikan kanak-kanak dan dewasa terhibur, kita menyediakan trak makanan bergerak, permainan futsal dan program menarik untuk kanak-kanak,”
Related Posts:
Bersihkan Diri Sendiri Dulu Sebelum Mahu Memfitnah Orang Lain Seperti kebiasaan, didalam politik bila bertukar atau dalam istilah politik disebut 'katak' maka orang berkenaan akan cuba mencari populariti dikalangan penyokong parti baharu mereka untuk meraih tempat didalam parti. Ba… Read More
UMNO Sudah Siap Sedia Berperang, Tolak DAP & Pakatan Pembangkang UMNO sudah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi pembangkang dalam PRU14. Semangat sudah dipasak, aura perjuangan sudah disimbah, hanya menanti masa perang bermula. Kebersamaan semua 2,718 orang perwakilan UMNO har… Read More
Isu Baitulmaqdis, Malaysia Tegas Pertahankan Hak Rakyat Palestin Seluruh dunia kini melahirkan kebimbangan susulan pengumuman presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pengumuman itu telah menyemarakkan kemarahan umat Islam deng… Read More
Jauhi Sikap 'Personal Glory' - Zahid Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan setiap ahli parti supaya menjauhi sikap buruk seperti mencari ‘personal glory’. Zahid yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden menyeru ahli parti keram… Read More
UMNO Adalah Benteng Terakhir Umat Islam Di Malaysia Bermula hari ini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 akan bermula. Seperti kebiasaannya, setiap tahun perhimpunan parti Melayu terbesar di Malaysia ini pasti menjadi tumpuan. 3.6 juta ahli UMNO seluruh negara akan menanti… Read More