Tuesday, 14 November 2017
Kes Rasuah : Lim Guan Eng Usah Berdalih Lagi
By @MNA at 17:01:00
LENSA BB, Lensa Beruang Biru
Kalau Mahathir boleh digelar sebagai pakar "U Turn", Guan Eng pula boleh digelar sebagai pakar putar belit.
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menuduh bahawa kerajaan persekutuan tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir, termasuk bantuan kepada mangsa bencana.
Malah, beliau menuduh sehingga kini belum ada sebarang pengumuman bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selepas lawatan beliau ke Pulau Pinang pada 7 November lalu.
Agaknya Guan Eng terlupa atau buat-buat lupa mengenai 60 kontena yang diberikan oleh Kelab Putera 1Malaysia atas inisiatif UMNO yang diterajui Datuk Seri Najib.
Sumbangan yang diberikan dengan pantas ialah tilam, bantal, susu bayi dan kit penjagaan kebersihan yang diedarkan secara berperingkat bermula 8 November lepas.
Itu bantuan awal. Jika Najib tidak prihatin, beliau tidak turun padang melawat mangsa banjir di negeri itu. Begitu juga dengan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjawab panggilan telefon Guan Eng pada pukul 3 pagi untuk meminta bantuan tatkala Pulau Pinang sedang ditenggelami air.
Guan Eng boleh bagi bunga tanda terima kasih kepada Azmin Ali kerana sumbang satu juta. Guan Eng tidak mahu beri bunga pada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai tanda terima kasih?
Apa yang Datuk Seri Najib bantu berkali ganda daripada itu. Takkanlah Datuk Seri Najib hendak sumbang bantuan masuk dalam tabung parti DAP?
Duit terkumpul dalam tabung DAP adalah RM6.18 juta. Namun yang disumbang hanyalah RM5 juta sahaja. Mana lagi RM1.18 juta? Seleweng?
Kemudian Guan Eng buat tuduhan macam macam pada Datuk Seri Najib. Ternyata tuduhan itu hanya untuk mengalihkan perhatian apatah lagi hari ini, Guan Eng akan masuk mahkamah bagi pengurusan kes rasuah beliau dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.
Guan Eng dituduh dalam dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah serta sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.
Li Koon, ahli perniagaan itu pula didakwa Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo berkenaan.
Justeru bagi melarikan diri daripada kecaman dan kritikan orang ramai terhadap kes rasuah berkenaan, Guan Eng mula berdolak-dalih dalam bab bantuan banjir ini supaya rakyat akan benci Barisan Nasional (BN).
Apatah lagi sebelum ini beliau mendakwa tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah bermotifkan politik. Jadi dengan mengaitkan isu banjir, itu sekurang-kurangnya ia boleh mengalihkan isu rasuah yang dialami oleh beliau ketika ini.
Sedangkan sebelum ini, Najib telah meluluskan 13 projek tebatan banjir bernilai RM1 bilion di Pulau Pinang.
Sepatutnya, kerajaan DAP Pulau Pinang yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan negeri dengan melaksanakan projek-projek untuk mengatasi banjir bukannya mengharapkan bantuan kerajaan pusat dan menyalahkan kerajaan BN.
Jika semasa pembentangan Bajet 2018, bukan main mereka menyerang dan membidas Perdana Menteri, tetapi kini mengharapkan pula dana daripada kerajaan pusat untuk membantu.
Semalam, 59 orang ahli parlimen pembangkang tolak Bajet 2018 di parlimen. Kalau sudah tolak Bajet 2018, jangan terhegeh hegeh pula hendak minta bantuan kerajaan pusat selepas ini.
Nasib baik kerajaan pusat dibawah pimpinan Najib berlapang dada dan memberikan bantuan sewajarnya kepada penduduk di Pulau Pinang, walaupun negeri itu diperintah oleh DAP.
Namun jika amaran pakar-pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap pembangunan di kawasan lereng buruk dan kawasan tinggi tidak dipedulikan, maka banjir dan tanah runtuh akan tetap melanda Pulau Pinang.
Guan Eng jangan berdalih mengakulah kesalahan sendiri. Dalam isu rasuah ini kita tengok apa pula putar belit Guan Eng.
Tulisan :
Beruang Biru
BB658, Selasa
14 November 2017
Related Posts:
Selepas Kajang & Permatang Pauh, Giliran Orang Bandar Tun Razak Pula Kena Tipu Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya. Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Sela… Read More
Barisan Nasional Beri Keadilan Sebenar Kepada Rakyat, Bukannya Pembangkang Semalam pembangkang bergaduh lagi. Laungan “mana keadilan untuk kami’ dijerit oleh seorang ahli PPBM yang memanjat naik atas kerusi. Nasib baik kerusi itu tidak terbang ke depan pentas sahaja. Terus balik Wan Azizah dan s… Read More
Ambil Balik Orang Lama Berkuasa, Berulanglah Kisah Penjajahan Lama Dalam filem Sarjan Hassan sudah ditunjukkan bagaimana watak Buang yang menjadi tali barut pada Jepun. Sanggup khianati orang kampungnya sendiri demi orang asing. Apa yang dilakonkan dalam filem itu boleh terjadi kembal… Read More
Bapa Undang Campur Tangan Asing, Anak Tidak Mengaku Warga Negara Terdesak sungguh pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 hingga ke tahap sanggup meminta campur tangan asing dalam urusan negara. Tindakan Mahathir yang bertemu dengan duta-duta besar Kesat… Read More
Jika Barisan Nasional Tumbang, DAP Yang Akan Kuasai Pembangkang Atas kertas, ada nama Melayu duduk di atas sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum. Nama ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi “King Maker” dari belakang. Di atas nampak nama Melayu tetapi isi… Read More