Saturday, 18 November 2017
Najib Rakan Dipercayai Dan Diberi Perhatian Presiden Trump
By @MNA at 17:35:00
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rakan yang boleh dipercayai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan merupakan rakan yang diberikan perhatian penting termasuk dalam isu-isu yang diketengahkan Malaysia.
Itu kesimpulan yang melihat dan menilai keselesaan dan penghargaan Presiden Trump terhadap Najib terutama ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan di Manila, Filipina baru-baru ini.
Trump turut membuat penegasan di hadapan pemimpin yang hadir mengenai persahabatannya dengan Najib yang telah terjalin sebelum beliau menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat, katanya.
“Perdana Menteri Najib adalah kawan baik saya, sahabat baik saya. Kami telah lama kenal sebelum saya menjadi Presiden ketika saya berada di dalam dunia perniagaan. Dalam kehidupan, anda tidak akan tahu di mana kesudahannya”, kata Trump,
Kenyataan Trump bahawa Najib adalah kawan baiknya merupakan satu penghargaan kerana Presiden Amerika Syarikat itu adalah seorang yang “lokek” dengan perkataan yang memuji pemimpin-pemimpin dan negara.
“Tapi dia (Trump) memilih Malaysia, dia kata Datuk Seri Najib adalah kawan baik saya,” katanya.
Ini bukan kata-kata yang mudah dikeluarkan Trump, dari segi bahasa gerak geri, dia juga ikhlas,”
Menurut Datuk Anifah, Trump dengan berpandukan slogan berkenaan dalam penyertaan pertamanya pada dialog ASEAN-Amerika Syarikat itu telah menyatakan komitmen tentang kepentingan ASEAN dan menghargai hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat serta turut menggalakkan untuk kerjasama yang saling menguntungkan kedua belah pihak.
Presiden Trump,btelah menyeru kepada amalan perdagangan yang bebas dan adil bagi menyelaraskan jurang imbangan perdagangan antara ASEAN dan Amerika Syarikat. Najib mempunyai kualiti yang menyebabkan Trump menghargainya dan mempercayainya.
Sikap konsisten yang dipamerkan Malaysia dalam pelbagai isu dan pendirian seperti Rohingya dan Laut China Selatan menyebabkan Trump menghargai Najib sebagai rakan pemimpin yang boleh dipercayai.
Selain itu, katanya, walaupun Malaysia rapat dengan China namun ia tidak berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara.
“Sekiranya Datuk Seri Najib tidak menarik perhatian Trump berhubung isu-isu nasional, serantau dan antarabangsa, saya tidak fikir Trump akan memberi perhatian kepadanya,” katanya.
Beliau berkata ia sudah semestinya di atas penilaian Trump sendiri terhadap Najib bahawa ia adalah berbaloi untuk mempunyai rakan di bahagian rantau ini dan seorang rakan “yang anda boleh percaya”.
Anifah berkata persahabatan yang terjalin antara Najib dan Trump sebelum ini antara faktor yang memungkinkan Najib dijemput ke White House selepas beberapa bulan Trump menjadi presiden.
Berkongsi pengalaman penglibatannya dalam mengatur pertemuan Najib dan Trump, Anifah berkata beliau mengemukakan surat cadangan pertemuan dua pemimpin itu untuk membincangkan isu-isu utama kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson pada Mei tahun ini.
“Tak payahlah kita bayar konsultan. Kita tidak pernah mengambil perunding atau membayar sesiapa pun,” katanya, sambil menambah beliau dimaklumkan ketika mengemukakan surat berkenaan bahawa pertemuan Najib dan Trump akan menjadi senarai keutamaan.
Pertemuan Najib dan Trump di White House berlangsung pada 12 Sept lepas.
“Mei hingga September ialah empat bulan. Sekiranya Datuk Seri Najib tidak kenal Trump, adakah kemungkinan boleh adakan pertemuan dua hala dalam masa empat bulan,”
Related Posts:
#1MDB: Ingat, Mahathir Pernah Bersetuju Campur Tangan Asing Untuk Jatuhkan Najib Menteri Komunikasi Salleh Keruak semalam membayangkan bahawa kes saman sivil di Amerika Syarikat terhadap 4 individu kerana dakwaan menggelapkan wang 1MDB, adalah didalangkan oleh Mahathir. Ini berdasarkan fakt… Read More
Hashtag #BeStrongPM muncul di media sosial KUALA LUMPUR: Hashtag #BeStrongPM muncul dalam susur masa media sosial khususnya Twitter pada hari ini, yang rata-rata turut disertai mesej ringkas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Penggunaan hashtag itu d… Read More
Bakal Ke Penjara Akibat Dua Pertuduhan Rasuah, LGE Semakin Goyah. GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan beliau tergesa-gesa untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal adalah atas kepentingan dirinya. Guan Eng berkata, beliau bimbang pentadbiran ker… Read More
AS Tak Berhak Campur Urusan Malaysia – Idris Ahmad KUALA LUMPUR – Pas menolak campur tangan asing berkaitan urusan dalam negara ini berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan berk… Read More
#1MDB: SPRM Bekerjasama Dengan FBI KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia menjalin kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).&nbs… Read More