Sunday, 15 October 2017
Himpunan Kleptokrasi Petanda Buruk Buat Pembangkang
By @MNA at 21:22:00
Hanya 'beberapa kerat' sahaja jumlah khalayak yang mampu dikumpulkan oleh Pakatan Harapan dalam himpunan anti-kleptokrasi semalam. Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sudah boleh mencongak nasib pakatan menjelang PRU14.
Sebelum ini diuar-uarkan bahawa khalayaknya boleh mencecah 100,000 orang. Namun dengan suasana hambar dan suram semalam, barangkali sekadar 8,000 orang yang hadir.
Ibarat `langit dan bumi’ dengan himpunan rakyat kelolaan kerajaan Barisan Nasional, himpunan anti-kleptokrasi semalam tidak ubah seperti festival yang diselangi dengan muzik sambil menjamu selera.
Bukan sahaja himpunan itu gagal, malahan ia juga amat memalukan bagi Dr. Mahathir, ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi DAP sendiri, Lim Kit Siang.
Kira-kira cuma 5% sahaja yang hadir daripada jumlah sasaran yang ditetapkan - menyaksikan kegagalan pakatan untuk menarik sokongan dan simpati rakyat. Peserta yang datang kebanyakannya lebih tertumpu di dalam Amcorp Mall serta restoran makanan segera A&W.
Kegagalan ini suatu malapetaka buruk kepada Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan skandal kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an.
Kelibat pengerusi PPBM itu bersama presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAN, Mohamad Sabu serta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mampu menarik sokongan kaum Melayu ke himpunan itu. Himpunan kleptokrasi ini memalukan kerana terbukti tidak mewakili suara rakyat.
Related Posts:
Polis Mulakan Operasi Membersih BERSIH. Polis menepati janji selepas amaran tidak diendahkan oleh penganjur BERSIH 5 apabila melakukan beberapa siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong yang menjadi tulang belakang kumpulan itu pada Jumaat. Tangkapan melib… Read More
Marina Chin Ditahan Bawah Akta SOSMA Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Peguam Latheefa Koya, ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu. Latheefa berkata,… Read More
Guru Terbabit Bersih Akan Dikenakan Tindakan – Menteri PendidikanKUALA LUMPUR - Guru yang didapati menyertai perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan berhadapan tindakan disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.Beliau berkata tindakan tatatertib yang a… Read More
Kerajaan Perak Akan Menggerakkan Semula Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) IPOH: Kerajaan Perak akan menggerakkan semula Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) sebagai badan penasihat negeri bagi menghadapi cabaran ekonomi yang berada dalam ketidaktentuan akibat faktor luar. Menteri Besar, … Read More
Merah Dan Kuning Tetap Mara Walaupun Tanpa Ketua Walaupun tanpa ketua masing-masing yang sudah ditahan pihak polis semalam, penyokong BERSIH 5 dan Baju Merah tetap meneruskan himpunan mereka dengan penyokong kedua-dua kumpulan mula membanjiri ibu kota Kuala Lumpur pada… Read More