Monday, 16 October 2017
Demo Kleptokrasi Gagal, Walaupun Bergabung Empat Parti
By Aku Torres at 12:23:00
LENSA BB, Lensa Beruang Biru
23 Jun 2016, PAS menyindir Kit Siang bila pakatan DAP dengan PKR, PAN dan PPBM kalah teruk di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. “Dia sendiri pun lemah, dalam dua PKR baru baru ini, dia bergabung empat kumpulan (DAP, PKR, PAN dan Mahathir) tetapi tidak boleh mengatasi Barisan Nasional’ kata Datuk Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan.
Nampaknya kekalahan besar gabungan empat parti di bawah yang diketuai oleh DAP ini berterusan lagi. Kalah lebih teruk lagi pada 14 Oktober lepas di Petaling Jaya.
DAP mempertahankan PAN dan PPBM yang masuk dalam pakatan pembangkang. Bagi DAP, mereka dapat dua ahli baru iaitu PAN dan PPBM berbanding satu yang keluar iaitu PAS. 14 Oktober lepas, PPBM dan PAN adalah penganjur utama demonstrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.
Mahathir sebagai pengerusi penganjur dan Mat Sabu sebagai timbalan pengerusi. Buat pun di sebelah ibu pejabat utama PPBM. Kononnya mahu mencipta momentum rakyat menjelang PRU14.
“Kita mahu seramai mungkin sertai himpunan ini. Kita sasarkan 100,000 orang akan hadir, di samping pelbagai aktiviti yang akan disediakan, selain ceramah oleh pimpinan PH” kata Faiz Fadzil, Timbalan Ketua Pemuda PAN pada 21 September 2017. Target sampai 100,000 orang.
Kemudian turun angka itu jadi 30,000, selepas itu masa malam demontrasi berlaku penganjur umumkan ada 25,000 orang yang hadir. Malangnya Malaysiakini tidak mempercayai cakap penganjur itu, Malaysiakini kata paling ramai pun ada 4,000 orang sahaja yang hadir pada malam itu.
Berhempas pulas macai PPBM dan PAN mempertahankan bahawa ada 25,000 orang yang hadir di atas padang. Mereka tayang gambar yang diambil dari bawah dan kemudian “crop” gambar untuk bagi nampak ramai orang. Padahal gambar dan video dari “drone” memang jelas menunjukkan keadaan padang yang kosong.
Bagaimana boleh muat sampai 25,000 orang kerana padang boleh muat 10,000 orang sahaja. “Kapasiti tempat itu tidak lebih 10,000 orang dah tentu akan jadi kesesakan sebab tempat itu berhampiran dengan laluan utama” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara pada 11 Oktober 2017.
Angka 25,000 orang hadir tidak logik dan tidak masuk akal. Angka 4,000 orang lebih munasabah. Jika 4,000 sahaja yang hadir, bermakna ianya hanya 4% sahaja daripada jumlah sasaran awal iaitu 100,000.
Bergabung empat parti iaitu PPBM, PAN, PKR dan DAP hanya hasilkan 4 peratus sahaja kehadiran. Satu parti secara puratanya hanya sumbang 1 peratus sahaja. Angka ini amat memalukan dan teruk sama sekali.
PAS buat Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal sampai 200,000 orang yang datang. Kehadiran untuk Hari Sukan Negara yang diadakan di seluruh negara pada 14 Oktober 2017, hari yang sama demonstrasi di Padang Timur diadakan adalah lebih ramai lagi.
Sejumlah 2 juta orang hadir di lokasi Hari Sukan Negara di seluruh negara, menurut Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Hari Sukan Negara lebih diminati rakyat berbanding demo ‘kelentong basi” yang dianjurkan dengan gabungan empat parti pembangkang (DAP, PKR, PAN dan PPBM) di Padang Timur, Petaling Jaya.
Satu lagi siri demonstrasi yang gagal diadakan oleh pembangkang selepas Bersih 4, Bersih 5, Demo Tangkap MO1, Demo Politik Toksik. Rafizi langsung tidak nampak muka. Azmin datang sekejap, kemudian cabut lari. Kit Siang pun tertidur waktu dengar ceramah Mahathir. Demo kleptokrasi, gabung empat parti pun masih gagal lagi. Apa lagi pembangkang hendak buat selepas ini?
Tulisan :
Beruang Biru
BB617, Isnin
16 Oktober 2017
Related Posts:
Gaduh Rebut Kerusi Bukti Pembangkang Tidak Berpakat & Penuh Dengan Sandiwara Sejak Mahathir masuk pembangkang pada pertengahan 2015 hinggalah sekarang, pakatan pembangkang itu semakin kucar kacir dan huru hara. Mahathir bawa agenda mahu anaknya jadi Perdana Menteri. Anwar masih mahu jadi Perdana M… Read More
Selepas Kajang & Permatang Pauh, Giliran Orang Bandar Tun Razak Pula Kena Tipu Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya. Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Sela… Read More
BN Sibuk Kerja Untuk Rakyat, Pembangkang Sibuk Gaduh Sama Sendiri Pada ketika Barisan Nasional (BN) sibuk menjalankan tugas untuk rakyat, parti-parti dalam pembangkang sibuk bergaduh sesama sendiri. Minggu lepas, bergaduh di Negeri Sembilan sebab agihan kerusi. Dua tiga hari lepas,… Read More
Muak Dengan Skandal Guan Eng, BN Dijangka Menang 20 Kerusi Rakyat sudah mulai muak dengan temberang dan penipuan demi penipuan yang dilakukan Guan Eng. Rumah dibeli murah salahkan tiada kolam. Banjir kilat berlaku disalahkan taufan. Tanah runtuh salahkan kontraktor. Kilang haram … Read More
Bapa Undang Campur Tangan Asing, Anak Tidak Mengaku Warga Negara Terdesak sungguh pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 hingga ke tahap sanggup meminta campur tangan asing dalam urusan negara. Tindakan Mahathir yang bertemu dengan duta-duta besar Kesat… Read More