Saturday, 30 September 2017
Mohon Kerajaan Pertimbangkan Insentif Dua Kenaikkan Gaji - CUEPACS
By @MNA at 15:00:00
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan insentif dua kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata inisiatif itu akan membantu meringankan beban penjawat awam yang berdepan kos sara hidup tinggi.
"Selain itu, Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula kadar elaun khidmat awam (bagi kumpulan paling rendah) yang kini sebanyak RM95. Kali terakhir elaun ini disemak adalah pada 2002.
"Sudah sampai masanya kerajaan menetapkan kadar minimum elaun ini sebanyak RM180. Ini cadangan Cuepacs," katanya pada sidang media.
Beliau berkata beberapa cadangan itu diharap diberi pertimbangan khusus menjelang Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA XV) yang dijadual berlangsung pada 3 Okt ini.....
Related Posts:
DAP Dah Tak Releven Pada Orang Cina, Orang Melayu Pula Rela jadi Kaldai.. *Orang Cina Keluar DAP, Orang Melayu Pula Menyondol Masuk* “Abandon ship”, itulah istilah paling sesuai dengan keadaan ahli DAP hari ini. Kapal hendak karam masing masing mula hendak terjun ke laut. Setelah 4 wa… Read More
Jasa Wira Yang Tidak Didendang Amat Dihargai Menyedari kepentingan penggunaan pelbagai aplikasi dan internet di era globalisai yang makin mencabar, Biro IT UMNO Malaysia terus melangkah cepat dan tepat menggunakannya bagi menyebarkan maklumat dan menangkis fitnah… Read More
Kepimpinan Kuku Besi Punca Ramai Keluar DAP. Kepimpinan kuku besi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti itu, didakwa sebab utama ramai anggota DAP keluar parti.Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim … Read More
Najib Lebih Jujur Dan Telus Dari Mahathir Berkenaan Dana Pilihanraya Jika diambil perkiraan dari ketelusan antara 2 orang yang memegang jawatan Perdana Menteri , iaitu Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib , maka pasti sekali kita akan dapat lihat Najib sebenarnya lebih telus dan lebih jujur.… Read More
Bila Hajat Dihati Tak Dapat ... Tubuhlah Parti Syok Sendiri. TUBUH PARTI BARU MEMBUKTIKAN EZAM DAN KHAIRUDDIN HANYA FIKIR TENTANG TEMOLOK SENDIRI Hasrat menubuhkan parti baru jelas menunjukkan du… Read More