Perak bakal membina sebuah lapangan terbang baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Kerajaan negeri sudah membuat perbincangan awal, perincian serta penelitian berhubung perkara itu.
Apabila (lapangan terbang) sudah pasti, saya akan umumkan, apa yang boleh saya sebutkan ia tidak jauh dari Ipoh dan tidak berhampiran dengan lapangan terbang yang sibuk seperti lapangan terbang Pulau Pinang.
"Kita telah mengenal pasti tempat itu cuma memerlukan beberapa penelitian termasuk melalui kerjasama pihak Kementerian Pengangkutan dan juga Jabatan Penerbangan Awam. Kita berharap ia mendapat kelulusan daripada kerajaan persekutuan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pemilihan lokasi untuk membangunkan lapangan terbang baharu itu mengambil kira faktor kawasan pertumbuhan ekonomi selain kedudukan muka buminya yang sesuai untuk pembinaannya.
"Kawasan itu pernah dicadangkan satu ketika dahulu, namun oleh kerana ia dipilih untuk tujuan pembangunan lain, maka idea untuk lapangan terbang di kawasan itu ditinggalkan, tetapi hari ini kita cadangkan semula.
"Kawasan itu agak luas, bayangkan sekiranya ia boleh menampung landasan sepanjang 3.5 kilometer bagi membolehkan pesawat besar (mendarat), bukan hanya bagi tujuan pelancongan tetapi sektor industri seperti industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO)," katanya.
Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara untuk menaik taraf Lapangan Terbang Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat di situ.
Katanya dengan penaiktarafan lapangan terbang itu ia sekali gus dapat membangunkan sektor pelancongan di Hulu Perak, khususnya dari Lenggong ke Pengkalan Hulu. - BERNAMA