PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa berkongsi kemeriahan sambutan bulan Ramadan bersama 21 orang kelainan upaya (OKU) di Bazar Ramadan Presint 3 di sini.
Golongan OKU berkenaan adalah penghuni Taman Harapan Cheras, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi serta Pemulihan Dalam Komuniti Putrajaya.
Walaupun hujan renyai, Najib tetap meneruskan aktiviti bersama golongan istimewa itu dengan berbual mesra bersama mereka sebelum menyerahkan sumbangan duit raya dan juadah berbuka puasa yang dibeli daripada bazar berkenaan.
"Hari ini adalah hari teristimewa untuk saya kerana dapat berkongsi kemeriahan Ramadan dengan menjemput sekumpulan OKU dan memberi bantuan termasuk adik Sofea Qaisara yang memerlukan bantuan tambahan daripada biasa.
"Oleh itu, saya meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk terus menghulurkan bantuan sebanyak RM300 sebulan secara berterusan," katanya kepada media di sini hari ini.
Sofea Qaisara Syafiq Khuzairil, 5, merupakan anak bongsu daripada dua beradik, dan dijaga oleh ibunya Umi Kalsum Ayub yang bekerja sebagai pembantu jualan di MyFarm Outlet, Putrajaya.
Sofea, yang mengalami masalah penglihatan, cacat fizikal dan pembelajaran (dandy walker syndrome) hari ini turut menerima Kad OKU daripada Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Najib turut menasihati rakyat negara ini yang mempunyai pendapatan yang baik dan berkemampuan untuk melakukan amal jariah kepada golongan OKU agar kebajikan mereka turut terpelihara dan terjaga.
"Bukan sahaja tanggungjawab itu terletak kepada kerajaan tetapi kita sebagai individu dan insan biasa hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik agar mereka juga boleh merasai nikmat pembangunan dan kejayaan negara ini ,"
Thursday, 8 June 2017
Najib Kongsi Kemeriahan Bersama Golongan OKU Di Bazar Ramadan Putrajaya
By @MNA at 21:57:00
Related Posts:
MAHATHIR’S JINX, THE OPPOSITIONS DOOM Upon Dr Mahathir’s resignation as Prime Minister in 2003, when Tun Abdullah took over, the long serving political party Barisan Nasional has won the next general election with a landslide victory. Many says that this is a … Read More
MACAI MEROYAN, PELIWAT TAK DAPAT PAROL!!! Kan dah kata dah semalam. Mesti ramai yang akan meroyan tak tentu arah akibat tak puas hati bila berita Dr. Khir Toyo dibebaskan keluar penjara lebih awal daripada sepatutnya. Kalau tadi, Si Guan Eng tu katanya sedang… Read More
Mahathir Kecewa Dengan Mukriz - Anuar Musa Tan Sri Annuar Musa percaya keagresifan Dr Mahathir bertindak melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri adalah disebabkan beliau kecewa melihat prestasi anaknya, Datuk Seri Mukhriz dalam politik. Ketua Penerangan … Read More
Parti Akan Putuskan Nasib Muhyiddin, Mukhriz Laporan berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berterusan mengkritik Presiden Umno dan bersekongkol dengan pembangkang telah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti. Setiausaha A… Read More
Jangan Khianati Perjuangan Parti Kerana Agenda Peribadi - Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menyampaikan anugerah khas Perdana Menteri kepada ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM), Hassan Markom, 94 tahun selepas merasmikan Perhimpuna… Read More