Thursday, 27 April 2017

Surcaj Untuk Tampung Hutang DAP Sebenarnya Bukan Kempen Jimat Air


DAP pernah menabur janji kononnya tidak akan sesekali menaikkan kadar caj air ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan yang ke-13. Tetapi malangnya, sepanjang 9 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, sudah lima kali DAP menaikkan caj atau surcaj air terhadap rakyat negeri tersebut.
Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya nak menjimatkan bekalan air kerana negeri tersebut kekurangan bekalan air. Paling terbaru, Guan Eng menaikkan surcaj air sebanyak 100 peratus.
Alasan yang diberikan kononnya nak mendidik rakyat Pulau Pinang agar lebih menjimatkan air dan mengurangkan kos belanja untuk bekalan air tersebut. Padahal, sedarkah korang bekalan air yang di perolehi Pulau Pinang selama ini adalah percuma?
Habis tu kalau dah dapat percuma kenapa perlu naikkan surcaj air? Bukannya nak galakkan rakyat bazir air, tapi apa motif naikkan caj kalau air pun dapat secara percuma? Agenda sebenar kenapa DAP naikkan surcaj air adalah untuk menampung segala hutang-piutang yang dilakukan Tokong dan parti cauvinis tersebut.
Pulau Pinang tidak akan pernah kering-kontang dan terputus bekalan air kerana selama ini DAP mendapatkan bekalan air di Sungai Muda, Kedah tanpa membayar satu sen pun pada kerajaan negeri tersebut, termasuklah caj penyelenggaraan. Semuanya di tanggung oleh Kerajaan Negeri Kedah.
DAP ni macam lintah darat! Dah dapat air percuma tapi dok kikis duit rakyat lagi. Yela, mana lagi dorang nak cari wang untuk bayar segala hutang Perbadanan Bekalan Air (PBA) yang perlu dibayar kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sebanyak RM64juta setahun??
Bayangkan betapa untungnya DAP selama ini setelah lima kali menaikkan kadar surcaj air terhadap rakyat Pulau Pinang, padahal dorang dapat bekalan air secara percuma. Apa yang DAP buat dengan hasil kutipan tersebut?
Itu tak sebut lagi pasal caj 20 sen yang dikenakan terhadap setiap permintaan beg plastik ketika rakyat Pulau Pinang membeli-belah. Nahhhh… Memang patut la Kerajaan DAP Pulau Pinang kaya-raya sebab dorang kerja dok kikis duit rakyat.
Lepas tu bagi alasan naikkan surcaj air sebab konon nak didik rakyat supaya menjadi pengguna yang berhemah dan berjimat. Padahal Kerajaan Negeri Kedah yang tolong mengepam air untuk Pulau Pinang dari empangan Pedu dan Beris secara percuma.
Tak cukup dengan itu, jika paras air rendah, PBA akan diutamakan untuk mengepam air di Sungai Muda habuan untuk rakyat mereka minum. Empangan Mengkuang pula sedang dibina oleh Kerajaan Persekutuan khas untuk Pulau Pinang je. Tapi DAP masih lagi menghina tangan yang menghulurkan pertolongan tu.
DAP memang tak kenang budi! Jadi tak hairan la kalau selama ni dorang dok kikis duit rakyat sebab nak tampung perbelanjaan mewah Tokong Guan Eng dan DAP. Kali ni dorang naikkan surcaj air pulak, lepas ni tak tahu la apa pulak yang akan naik.