Wednesday, 26 April 2017
Fokus Kepada Parlimen Sendiri Jangan Hanya Sebok Kritik Kerajaan
By @MNA at 22:12:00
Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam lebih baik fokus kepada tugas di kawasan daripada menyebok menegur kesalahan dibuat oleh Kerajaan Pusat, sehingga mengabaikan kawasan parlimen sendiri Tindakan beliau itu boleh disifatkan cuba menutup kegagalan beliau sebagai wakil rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata alasan yang sudah dijangka itu hanya untuk menutup kelemahannya.
Saya tidak nafikan itu adalah salah satu tanggungjawab seorang ahli Parlimen.
“Tapi adakah dengan menggunakan alasan itu menghalalkan tindakan beliau yang langsung tidak pernah turun padang menjenguk rakyat di kawasannya,
Sebelum itu Khalid mendakwa tugas seorang wakil rakyat hanyalah untuk menegur kegagalan Kerajaan Pusat menyalurkan dana pembangunan serta bantuan sama rata kepada semua rakyat.
Khalid juga dilihat lebih banyak berpolitik dan memberikan tumpuan kepada parti baharunya itu selepas keluar daripada PAS.
“Sudah-sudahlah mencari alasan. Rakyat Shah Alam sudah muak dan serik dengan beliau.
“Bukan rakyat Shah Alam sahaja nampak, seluruh Malaysia nampak Khalid asyik berpolitik sahaja. Beliau sibuk berpolitik dengan partinya sehingga lupa tanggungjawabnya,” kata beliau lagi.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PAN itu membuat dakwaan bahawa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menganaktirikan kawasan yang tidak dimenangi Barisan Nasional dalam menyalurkan dana pembangunan.
Semalam Azhari dilaporkan melontarkan cabaran kepada Khalid untuk menyenaraikan segala pembangunan yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang hampir dua penggal menjadi wakil rakyat.