Sunday, 30 April 2017
Sejarah Hitam Era Pentadbiran Mahathir Bukan Rahsia Lagi
By @MNA at 23:19:00
#BeritaHangit alang kepalang untuk terima hakikat elok teruskan membaca agar lebih terang dan jelas yang mana dikatakan fakta dan mana satu auta.
Putar belit yang dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad menentang Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.
Pada mulanya Tun Mahathir bertegas mendakwa beliaulah yang telah bekerja keras untuk menjadikan Datuk Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi sekarang kita boleh nampak sendiri dia yang berusaha keras mahu Datuk Najib disingkirkan,meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.”
Dakwaan tersebut tidak benar kerana ahli UMNO dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah memilih untuk menaikkan Datuk Seri Najib sebagai Presiden parti dan rakyat Malaysia yang kemudiannya memberi mandat kepada BN yang dipengerusi Najib untuk terus memerintah negara.
Ketika Datuk Najib mengambil alih kerajaan, Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global, kesan krisis kewangan yang bermula sejak tahun 1998 ditinggalkan Mahathir dan krisis politik yang sedikit sebanyak juga berpunca daripada sikap kiasu beliau.
Tun Mahathir lupa yang Tun Abdullah pernah menegaskan bahawa negara boleh jatuh bangkrap jika beliau mengikut cakap Tun Mahathir ketika itu. Ini adalah kerana negara belum pulih sepenuhnya dari kesan krisis matawang dan kegawatan bermula pada tahun 1998 sehingga kerajaan perlu mengemukakan belanjawan defisit bagi menyokong semula ekonomi dan pembangunan negara.
Sebaik Datuk Najib mengambil alih, mungkin Tun Mahathir tidak sedar, ekonomi negara telah bertumbuh dan berkembang dengan begitu baik dan terus stabil.
Kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2009 (-1.5%), 2010 (7.4%), 2011 (5.2%), 2012 (5.6%), 2013 (4.7%), 2014 (6.0%). dan 2015 (4.9% – suku kedua 2015).
Secara perbandingan antara negara bagi suku kedua pula, kadar pertumbuhan ekonomi AS adalah pada 2.7%, China 7%, Jepun 0.7%, Thailand 2.8%, Indonesia 4.67%, Australia 2%, New Zealand 2.6%, Korea Selatan 2.2%, India 7%, Filipina 5.6%, Italy 0.7%, Jerman 1.6% dan Singapura 1.8%.
Tun Mahathir mengaitkan Datuk Najib dengan kejatuhan nilai ringgit. Ini satu lagi serangan ganas tidak berasas negarawan tua itu.
Analisis nilai ringgit sejak Januari 2009 mendapati, nilai ringgit ketika itu adalah RM3.70 kepada 1 Dollar Amerika (AS$). Pada Januari 2010, nilai ringgit meningkat kepada RM3.30. Peningkatan nilai ringgit hampir mencecah RM2.90 pada Julai 2012 dan nilai ini turun naik di antara RM3.20 ke RM2.95 sepanjang tempoh Januari 2012 sehingga Julai 2014, sebelum turun kepada RM3.20 pada penghujung tahun 2014 seterusnya kepada RM3.70 pada Mac 2015. Kedudukan ringgit kini semakin stabil ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
Sejak 2009 sehingga hujung 2014, nilai ringgit meningkat kukuh berbanding AS$, tetapi ketika nilai ringgit naik, kenapa Tun Mahathir tidak pernah mengaitkannya dengan Datuk Najib. Kenapa? Semua kerana politik!
Hakikatnya bukan sahaja ringgit jatuh tetapi matawang lain juga turut jatuh. Kenapa nilai matawang kebanyakan negara jatuh?. TIGA faktor paling utama adalah:-
1. Spekulasi peningkatan kadar faedah AS,
2. Harga minyak mentah dan komoditi yang rendah dan
3. Nilai Yuan China menurun.
Tun Mahathir sekali lagi mengaitkan Datuk Najib dengan penyusutan harga saham. Tun tidak sedar, harga saham global juga mengalami penyusutan yang cukup drastik. Selain Bursa Saham Kuala Lumpur, pasaran saham di seluruh rantau ini juga merudum jatuh dengan Indeks Komposit Jakarta mendahului dengan kejatuhan 3.1% diikuti oleh Indeks Hang Seng Hong Kong yang turun 2.38%.
Analisis Indeks MSCI ke atas pasaran saham dunia sejak Januari sehingga Ogos 2015, menunjukkan penurunan global pasaran saham (dalam Dollar AS) sebanyak – 6.7%, ‘Emerging Markets’ (-16.7%), AS (-5.0%) dan UK (-9.7%). China mengalami penurunan sebanyak -15.0%, Korea Selatan (-14.1%), Taiwan (-14.7%), Australia (-19.7%), Singapura (-21.5%), Malaysia (-26.0%), Indonesia (27.3%), Germany (-6.4%) dan Sweden (-6.3%)
Tun Mahathir mengaitkan kos sara hidup yang kononnya meningkat selepas pelaksanaan GST. Jika dakwaan Tun ini benar, sudah pasti rakyat di negara lain yang mempunyai kadar GST yang lebih tinggi akan jauh lebih terbeban. Kadar GST di Malaysia hanya 6%, sedangkan di Thailand (7%), Indonesia (10%), Singapura (7%), Korea Selatan (10%), India (12.36%), China (17%), Australia (10%) dan New Zealand (15%). Hakikatnya, dari segi Indeks Kos Sara Hidup, sehingga pertengahan tahun 2015, kedudukan Malaysia adalah di tangga 94, bermaksud kos sara hidup di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding 93 buah negara lain di dunia.
Berdasarkan Indeks Kos Sara Hidup Expatistan pula, kos sara hidup di KL hampir sama dengan Jakarta, lebih rendah 4% daripada di Manila, 6% lebih rendah daripada Bangkok dan 56% lebih rendah daripada Singapura. Malaysia di kedudukan ke-94 di dalam indeks Kos sara hidup. Dan Indeks Kos Sara Hidup di Asia, Malaysia berada di kedudukan ke-29.
Tun Mahathir juga mengulangi tuduhan lapuk dan usanh yang dikitar semula mengenai 1MDB. Cuma bezanya kali ini Tun Mahathir tidak lagi berani mengatakan RM42 bilion lesap sebaliknya mengatakan hanya RM20 bilion lesap. Kali ini Tun tidak lagi menyebut kadar faedah adalah hampir 7%, sebaliknya sudah menukarnya kepada hanya 5.9%. U turn is the new game for him yang semakin pelupa?
Tun Mahathir masih menuduh Goldman Sachs menerima komisen sebanyak 10%. Tetapi sehingga hari ini, dia masih gagal memberikan sebarang bukti bahawa Goldman Sachs menerima komisen sebanyak itu. Tun juga gagal memberikan sebarang bukti ke mana duit pelaburan PetroSaudi lesap, melainkan hanya mengulangi dakwaan ia mungkin dilesapkan untuk anak tiri, isteri, perkahwinan anak DS Najib dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib. Tapi buktinya mana Tun? Cuma kali ini Tun tidak lagi menyebut tentang Jho Low dan Paris Hilton.
Tun Mahathir menuduh 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran, tanpa dapat memberikan nilai sebenar harga loji kuasa tersebut dan juga gagal membezakan di antara pembelian stesen janakuasa dengan pembelian sesebuah syarikat pembekal kuasa (IPP). Bezanya kali ini, Tun tidak lagi berani menyebut mengenai soal lesen yang hampir tamat.
Tun Mahathir juga membuat kesalahan fakta apabila mengatakan bahawa “satu2nya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur,” sedangkan hakikatnya 1MDB masih mempunyai tanah di Pulau Pinang dan Selangor, serta mempunyai asset kewangan yang disahkan kewujudannya dalam penyata akaun diaudit 1MDB dan telah disemak dengan teliti oleh Ketua Audit Negara.
Secara tiba2 Tun Mahathir sudah mempercayai media asing yang merupakan musuh yang tidak dipercayainya selama 22 tahun pemerintahan beliau. Mungkin Tun Mahathir lupa bahawa selama ini, dia lebih banyak disebut oleh media asing (senagai MO1), bukan sahaja berkaitan pelbagai skandal ekonomi dan kewangan, kapitalisme kroni dan "bail-outs" tetapi juga berkaitan tindakannya ke atas DSAI, penahanan musuh2 politiknya dan pembunuhan di Memali. Mungkin Tun tidak malu, tetapi ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang merasa amat malu dengan tindakan2nya yang dilaporkan media asing di sepanjang tempoh pemerintahannya.
Antara tajuk artikel yang pernah mencemar nama baik Malaysia melibatkan Tun Mahathir adalah:-
1. “Rescue Plan for Perwaja Carries a Hefty Price Tag,” WSJ, December 31, 1996
2. “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son,” WSJ, May 1, 1998
3. “Malaysia: Turning A Cash Cow Into A Beast Of Burden (Int’l Edition),” Businessweek, August 15, 1999
4. “Privatisation and Bailouts in Malaysia: The truth about privatization,” Aliran Monthly, Volume 25, issue 6 2005
5. “We encourage Mahathir’s evil,” Free Malaysia Today, September 13, 2013
6. “Malaysia Reins In Opposition,” Washington Post, August 12, 2001
7. “Malaysia’s ex-PM Badawi hits out at predecessor,” Jakarta Post, August 9, 2013
8. “Mahathir’s Disastrous Financial Speculation,” Asia Sentinel, March 5, 2012
Ini belum pelbagai dakwaan lain, termasuk laporan bahawa Tun Mahathir membazir dan mengakibatkan negara kerugian RM100 bilion seperti yang didakwa oleh Barry Wain, dalam buku “Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad in Turbulent Times.”
Adakah Tun Mahathir begitu terdesak kerana rancangan untuk menggulingkan dan menjenayahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak bulan Mac 2014 masih belum menjadi kenyataan?.
Apakah kesudahannya cerita Tun ini? Dapatkan beliau melonjakkan kredibiliti *Mukhriz* untuk jadi PM?