Thursday, 27 April 2017

Kempen Jatuhkan Najib Sudah Gagal, Kebenaran Akhirnya Atasi Kebatilan

Image result for mahathir gagal jatuhkan najib

Apabila beberapa perkara berkepentingan peribadi tidak mahu dituruti oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, maka seperti kelazimannya Mahathir akan memulakan serangan untuk mengulingkan mereka yang enggan mendengar cakap dirinya.

Awal tahun 2015 adalah permulaan kempen jatuhkan Najib yang dipelopori Mahathir. Pada ketika itu, jutaan rakyat termasuklah beberapa ahli jemaah menteri dan ahli ahli Umno berada dalam keadaan keliru. Mereka anggap serangan Mahathir itu ada asasnya. Padahal bila disemak selepas itu setiap angka, dan satu satu persatu tuduhan, ianya hanyalah kebatilan semata mata.

Setiap kejahatan pasti kalah dengan kebaikan. Lalu sedikit demi sedikit kekeliruan mereka semakin reda. Kepercayaan dan keyakinan kembali semula selepas fakta menunjukkan Mahathir sebenarnya yang menipu dan berbohong. Bila dianalisa kembali, Mahathir telah gagal dalam 13 langkah serangannya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Pertama, dengan menggunakan pengaruhnya sebagai bekas PM, Mahathir mahu usul tidak percaya kepada Najib di Parlimen dibentangkan, namun ianya gagal.

Kedua, Mahathir mahu mewujudkan usul di peringkat cawangan dan bahagian UMNO untuk lawan Najib pada Perhimpunan Agung 2015, juga akhirnya gagal.

Ketiga, Mahathir makin terdesak. Mahathir buat Deklarasi Selamatkan Malaysia dengan musuh tradisi, Lim Kit Siang pada 4 Mac 2016 di Kelab Persatuan Alumni UM. Namun deklarasi itu juga gagal.

Keempat, Mahathir cuba mempergunakan rakyat dengan memungut tanda tangan 1.2 juta rakyat untuk mendesak Najib undur diri. Tapi tetap gagal kerana rupa-rupanya ia dikutip hasil penipuan dan tanda tangan palsu.

Kelima, masih lagi tidak berpuas hati, Mahathir telah hantar Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang ke Amerika Syarikat kononnya untuk kemukakan beberapa dokumen salah laku Najib. Akhirnya tidak dilayan kerana tiada asas sabitan kesalahan melibatkan Perdana Menteri. Gagal lagi.

Keenam, Mahathir juga melawat Arab Saudi, mungkin mahu menghasut pembesar Arab Saudi supaya membenci Najib, malangnya dia hanya mampu bertemu kerabat di raja kerana Penjaga Dua Masjid Suci tidak mahu bertemunya. Juga gagal.

Ketujuh, PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar, Mahathir bantu kempen kemenangan calon PAN. Bermati-matian dia mahu PAN menang, kerana mahu BN kalah. Dia sendiri berazam untuk kurangkan majoriti undi di dua kawasan itu. Namun apa keputusannya? Najib Razak berjaya membawa kemenangan besar di dua kawasan tersebut. Gagal lagi Mahathir.

Kelapan, oleh kerana media dalam negara tidak melayan Mahathir, Pengerusi PPBM itu menggunakan pula media antarabangsa. Dia tampil di beberapa media seperti The New York Times, ABC News, BBC, Sarawak Report dan lain-lain untuk memburukkan Najib. Namun tetap gagal.

Kesembilan, selepas itu Mahathir buat demonstrasi pula hendak jatuhkan Najib. Mahathir turun ke demonstrasi BERSIH 5.0. Dia bertindak 'hijack' acara berkenaan daripada NGO BERSIH 2.0 tanpa rasa segan. Tidak ramai datang dan akhirnya gagal juga untuk menjatuhkan Najib.

Kesepuluh, ketika rakyat bakal terima BR1M pada awal 2017, Mahathir tampil berkata BR1M adalah rasuah. Namun selepas kata-katanya itu tidak membantu populariti dirinya, maka cepat-cepat dia membuat 'U-Turn' dan sekali lagi memberi kemenangan kepada Najib.

Kesebelas, begitu juga dengan isu 1MDB. Setiap hari Mahathir akan gunakan isu berkenaan untuk salahkan Najib. Namun selepas 1MDB berjaya selesaikan hutangnya, Mahathir seolah tidak mampu menyerang lagi. Sehingga kini, selepas isu IPIC dan 1MDB ini juga selesai, Mahathir terus terdiam begitu sahaja.

Kedua belas, Mahathir buat parti untuk lawan Najib. Parti pun tidak ramai orang masuk. Akhirnya ramai pula yang hendak keluar kerana bosan dengan dasar elitis dan kroni PPBM. Parti pun gagal.

Bila dah gagal Mahathir halau keluar ahli ahli yang tidak puas hati keluar dari PPBM.

Ketiga belas, Mahathir juga gagal pujuk Pakatan Harapan tiru BN. Satu logo, satu bendera dan satu organisasi macam BN gagal dibuat PH. Kit Siang dan DAP campak Mahathir macam kain buruk duduk di kerusi penasihat sahaja.

Itulah tiga belas kisah bagaimana kempen mahu menjatuhkan Najib oleh Mahathir menemui kegagalan. Sejak 2015 sehinggalah ke hari ini, Mahathir sudah gagal. Pembaca blog Mahathir pun dah makin turun. Orang dah tak minat baca cerita recycle dah.

Serangan dan propaganda Mahathir untuk menjatuhkan ekonomi negara juga gagal. Ringgit semalam terus kukuh selepas penyelesaian IPIC dan 1MDB.

Kebenaran akhirnya atasi kebatilan. Tahun 2017, menyaksikan kegagalan besar kempen yang dimulakan Mahathir untuk jatuhkan Najib. Mungkin satu isu besar akan terdedah pada 2017 melalui penyiasatan Skandal Forex di Bank Negara.

Mahathir dah bebal. Sebab itu dia halau semua orang keluar dari parti bunga. Bebal sebab kempennya jatuhkan Najib sudah gagal.- Beruang Biru