Jika diambil perkiraan dari ketelusan antara 2 orang yang memegang jawatan Perdana Menteri , iaitu Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib , maka pasti sekali kita akan dapat lihat Najib sebenarnya lebih telus dan lebih jujur.
Seperti kata Datuk Seri Nazri Aziz pada tahun lalu “Isu wang RM2.6 billion misalnya , Najib telah menjelaskan kepada kami dari mana dia perolehi dan berapa banyak dia telah gunakan dan untuk apa ia digunakan" .
Tidak seperti Mahathir yang melalui 5 pilihanraya , kata Nazri , “kita tidak tahu dari mana dia perolehi wang untuk dana pilihanraya dan berapa banyak yang telah dibelanjakan”.
Ini bermakna Najib lebih jujur dan telus , dia tidak sama seperti Tun Mahathir.
Umum juga mengetahui hubungan sulit dan rapat antara Mahathir dan para sidang kroni pilihannya yang bukan pun ahli parti UMNO jauh sekali mereka itu orang Melayu.
Najib juga tidak menipu dengan menggunakan nama proksi atau kroni untuk menyimpan wang, kerana dia telah memasukkan wang dana derma itu ke dalam akaunnya sendiri khas untuk wang itu, dan diketahui oleh Gabenor Bank Negara yang memilih untuk berdiam diri.
Kalau orang itu hendak menipu dia akan buat seperti yang dilakukan sebelum ini , iaitu meletakkan wang ke dalam akaun orang lain dan menumpangnya di situ.
Ini boleh di tafsirkan sebagai cubaan menipu dan tidak jujur.
Kisah ini diungkit kerana telah terjadi perdebatan baru baru ini antara Nazri dan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.
Nazri juga sebelum ini pernah menempelak Mukhirz dengan tafsiran dedak di mana. Mukhriz enggan menjawab dan melayan.
Kepada penyokong Presiden yang gemar digelar “pemakan dedak” oleh ProTun, Nazri pernah membidas “adakah ketika saya setia kepada Presiden iaitu ayah kamu, saya juga pemakan dedak?”
Tentu sekali siapa pun dari para Protun tidak mampu menjawab kerana Nazri sudah “serve” beberapa Perdana Menteri dan setia kepada mereka semua , bermula dari Tun Mahathir sehinggalah Najib Tun Razak.
Apa yang Nazri selari dengan suruhan ayat mentaati pemimpin dalam Al Quran. Tidak disuruh oleh Al Quran untuk mentaati dan mentaksubi bekas pemimpin.
Dalam satu ucapan pembuka pada satu Bahagian, Nazri pernah menempelak, “ketika dia jadi ketua , kita di suruh setia kepadanya tanpa berbelah bagi, bila sudah tidak jadi ketua , kita di suruh melawan ketua kita pula”.
“Apa jenis manusia ini?’
Politik tanahair akan bertambah menarik dengan satu perdebatan yang bakal di adakan antara Tun Mahathir dan Nazri Aziz.
Tun Mahathir tentulah suka kepada perdebatan kerana dalam debat tidak perlu kemuka bukti , maka tentu sekali seronok Tun Mahathir kerana dalam debat juga boleh auta dan temberang.
Walaupun hal ini diketahui oleh Nazri , dirinya sendiri sudah cukup sedia dengan beberapa perkara untuk menelanjangkan Tun Mahathir di mana selama ini rakyat tidak tahu.
Tun Mahathir tentu sekali dengan isu 1MDB dan RM2.6 billion. Isu recycle. Di mana sehingga kini tidak pernah di bawa sebarang bukti berkenaannya.
Nazri dijangka akan membongkar isu seleweng duit BNM-FOREX di atas nama kerugian dan juga isu BMF yang di sapu di bawah karpet.
Walaupun dikhabarkan desas desus berkenaan debat ini akan di rencanakan sebaik sahaja Nazri pulang dari Berlin pada 13.3.2017 (hari ini).
Puak bunga khabarnya takut pemimpin idola mereka dimalukan dengan bersedia menghantar pasukan ala ala “Nothing2hide” mereka iaitu kaki jerit dan kaki ejek untuk membuat provokasi terhadap Nazri.
Ini jelas menunjukkan mereka amat takut mendengar kebenaran kerana minda telah di “set” kan dan di “program”kan tidak mempercayai apa apa keburukan terhadap idola mereka.
Kedatangan mereka lebih kepada pemujaan idola dan pembelaan terhadapnya , dan bukan untuk mencari kebenaran.
Berbalik semula kepada topik di atas, mahukah Tun Mahathir jujur kepada rakyat terutamanya orang Melayu dengan memberi tahu dari mana datangnya dana pilihanraya ketika dia menjadi Perdana Menteri?
Mahukah dia mengaku parti Melayu Islam UMNO selama ini menggunakan dana taukeh para kroninya?
Siapa pemberi dana kepadanya? dan kenapa mereka beri? Di mana tanah yang digadai kepada taukeh tersebut selepas itu?
Adakah sambutan harijadi setiap tahun yang ditaja itu atas sebab balas dan kenang budi?
Bukankah itu juga satu bentuk rasuah? Terhenti tahun lalu tidak di sambut kerana rakyat sudah sedar?
Tun Mahathir kena lebih jujur dan mengaku kepada rakyat pada perdebatan antara dirinya dan Nazri dengan mengaku dia marah kepada Najib.
Mahathir marah kerana Najib tidak merujuk dana kepadanya lalu ingin membalas dendam dengan mencipta isu 1MDB. Juga marah pada Najib sebab enggan membantu Mukhriz naik ke jawatan lebih tinggi dalam hirarki UMNO.
Merujuk kepada Tun Mahathir untuk dana pilihanraya amat penting kepada Tun M kerana selain boleh “dictate” apa dia hendaki dari Najib ia juga ada “string attached” iaitu harus dibalas dengan projek atau kerja gantian bertaraf mega kepada kroninya.
Maka betul sangatlah saranan Nazri , Najib berpuluh kali ganda lebih jujur dari Mahathir.
Mungkin orang lain tidak boleh berkata sedemikian kerana tidak sepengalaman menjadi menteri seperti Nazri sendiri yang sudah bekerja di bawah 3 Perdana Menteri.
Apa pun kita tunggu apa yang bakal terkeluar dari pedebatan antara Nazri Aziz dan Mahathir.
Najib curi duit, penyamun, rompak wang rakyat, masuk akaun sendiri, rasanya sudah berjuta kali kita dengar dari mulut Mahathir.
Apa yang belum kita dengar adalah berkenaan penyamun terbesar dalam sejarah negara yang selama ini UMNO bantu diamkan kerena dia adalah mantan Presiden mereka, tetapi itu dulu , sekarang adalah “new ball game” Nazri sebagai wakil UMNO bersedia untuk melondehkannya.
Sedia kan “pop corn” dan air Soda anda .- BERUANGBIRU