*Orang Cina Keluar DAP, Orang Melayu Pula Menyondol Masuk*
Setelah 4 wakil DAP yang ada jawatan di Melaka meninggalkan parti, kemudian 182 pula ahli “hardcore” meninggalkan parti, memang sah parti DAP sedang bermasalah.
Di Sarawak pun ada sudah ramai meninggalkan parti DAP cuma tidak dihebohkan seperti di Melaka.
Jarang berlaku ahli DAP meninggalkan parti kerana yang menyokong DAP selalunya fanatik dan "hardcore".
Apa apa terjadi pun mereka selalunya tidak akan tinggalkan DAP, memadai dengan protes dan tidak undi DAP dan bukannya lucut keahlian DAP.
Maka jika mereka tinggalkan DAP tentu ada sesuatu yang amat besar berlaku.
Yang keluar DAP hari ini sebenarnya bukan sahaja sebab musabab atas kejadian baru sahaja berlaku seperti DAP gugur prinsip dan cium Tun Mahathir, tetapi kemarahan dan kebencian yang terkumpul sejak sekian lama.
Sejak 51 tahun, siapa yang tidak marah. Lepas dia, dia lagi dan lagi. Umno sudah bertukar enam presiden, MCA sembilan presiden, Gerakan pula enam presiden. DAP masih lagi Kit Siang.
Ahli ahli ini keluar kerana dikhianati oleh Lim Kit Siang dan sifat hipokrasi Guan Eng berkenaan rasuah. Parti DAP bolehlah digelar sebagai parti Diktator Anak & Papa (DAP).
DAP atas tindakan Kit Siang telah menyebabkan ahli berprinsipnya tidak lagi menghormati dan mempercayainya.
Sama dengan tindakan jutaan ahli UMNO tidak menghormati dan mempercayai Mahathir kerana sanggup jatuhkan maruah dan melawan prinsip diri sendiri.
Kit Siang dan Mahathir jadi begitu kerana kepentingan keluarga dan peribadi, bukan sebab parti. Mereka berdua hanya pedulikan keluarga dan kuasa mereka.
Amat pelik, ketika ahli ahli kaum Cina dalam DAP berkira kira mahu meninggalkan DAP, ada pula orang Melayu mahu menyokong DAP.
Paling ramai adalah mereka yang menyertai parti Amanah atau pun PAN. Parti PAN adalah "sayap" parti DAP berbaju Melayu Islam.
Walaupun wakil PAN dalam ceramahnya ada membaca Quran dan hadis namun mereka setakat itu sahajalah. Ini kerana, akhirnya DAP hanya pintal telinga Mat Sabu dan PAN akan menjinjing tulang yang diberikan oleh DAP.
Selain itu DAP juga mengkader dengan gaji yang lumayan kepada beberapa orang Melayu liberal dan tiada pegangan agama.
DAP perlukan mereka untuk isu berkaitan Melayu supaya tidaklah terlihat DAP anti Melayu Islam jika isu itu dibawa oleh oleh Melayu sendiri.
DAP juga bijak menggunakan Melayu untuk luluskan RUU kandang babi di Penang.
DAP juga menggunakan seorang bekas "Ultra Melayu" yang sangat terdesak akibat faktor umur untuk tarik undi Melayu.
Sedang umurnya bertambah, cita citanya masih belum tercapai, maka atas sebab itulah dia menjual semua prinsip politik untuk mendapatkan kuasa kepada anaknya.
Apa yang dulu dia hina sedang cuba dibersihkannya sendiri.
Maka kini DAP sudah ada dua kelompok Melayu bebal untuk dipergunakan.
Satu kelompok dari PAN dan satu lagi sedang diusahakan menyokong DAP hasil dari kerjasama dengan geng bunga.
Jika dahulu hubungan DAP dan PAS atas dasar tahaluf siyasi. Kini hubungan PAN dan DAP umpama bos dan pekerja.
Biarlah Melayu yang menyondol sokong DAP terjun dengan labu labunya. Sesudah dapat undi, DAP akan jadikan mereka hampas sahaja.
Tulisan :
Beruang Biru
BB327, Selasa
14 Mac 2017