Wednesday, 22 March 2017

Logo Tak Kemana, PAS Pula Yang Diserang Bertalu Talu

Image result for dap, pkr,pan dan ppbm tolak pas sbb logo

Cadangan untuk mewujudkan satu logo dan satu nama sudah masuk seminggu dah. Namun, pakatan pembangkang masih dilihat masih belum ada sebarang tindakan serius. Nampaklah DAP yang berkuasa, DAP tidak beri respon pun pasal cadangan Mahathir itu. Mana mungkin DAP mahu korbankan logonya ganti dengan logo baru.

Hanya yang ada adalah Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai kawan mereka. Bukan itu sahaja, cabaran dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar pembangkang menamakan calon Perdana Menteri mereka juga tidak berjaya disahut sehingga ke hari ini.

Masing-masing hanya mampu melonjakkan nama calon Perdana Menteri mengikut parti sendiri. Bukan satu sama secara konsensus. Belum lagi perkara-perkara itu diselesaikan, pembangkang telah bertindak menyerang sebuah lagi parti pembangkang di blok ketiga iaitu PAS. Sudahlah Nik Abduh baru terjatuh tangga bila tewas pemilihan PAS, DAP dan PKR kalau boleh mahu tangga itu menghempap terus serban Nik Abduh.

Lim Kit Siang dan Azmin Ali sendiri seolah-olah mahu 'mengkuburkan' terus harapan anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bergelar Menteri Besar Kelantan. Mereka berdua serang Nik Abduh bertubi tubi lepas kekalahan itu.

Dalam masa yang sama, mungkin juga terdapat unsur-unsur keretakan dalaman PAS. Tak mustahil Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sendiri bercita-cita untuk bergelar Menteri Besar Kelantan bagi penggal berikutnya.

Atas faktor itu, menurut sebuah sumber dalaman dari DUN Panchor, Kelantan, Mohd Amar membuat pakatan dengan Dr Izani Husin di Pengkalan Chepa bagi 'mengkuburkan' karier politik Nik Abduh Nik Aziz di sana. Itulah sebabnya Dr Izani berjaya memperoleh kemenangan besar dalam perebutan jawatan Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan berkenaan.

Jalan terbaik buat Nik Abduh untuk terus hidup subur dalam arena politik adalah dengan 'melompat' ke kawasan lain di negeri Serambi Mekah tersebut. Nik Abduh mampu untuk menggunakan pengaruhnya selaku anak kepada Tok Guru untuk membina legasi baharu politik PAS di Kelantan jika mahu.

Ini yang Husam Musa, calon MB bagi parti PAN takut. Husam adalah orang harapan Kit Siang dan DAP di Kelantan. DAP kena gunakan Husam bagi mendapat undi Melayu dari kawasan Pantai Timur. 

Kekalahan Nik Abduh mungkin sudah dirancang lama oleh Husam dan DAP. Sudah pasti geng ulama dalam PAS tidak akan berdiam diri dan akan menyerang balik selepas ini.

Cerita logo dan simbol baru Pakatan Harapan hanya tinggal cerita sahajalah. Sama seperti siapa calon PM bagi Pakatan Harapan. Cuba tanya Pakatan Harapan, benarkah Husam Musa calon MB Kelantan bagi pihak Pakatan Harapan? Siapa calon Ketua Menteri Penang jika Guan Eng masuk ke dalam?

Image result for dap, pkr,pan dan ppbm tolak pas sbb logo

Apakah Azmin Ali lagi akan menjadi MB Selangor bagi pihak Pakatan Harapan? Berapa kerusi PAS mahu tanding di Selangor? Semua persoalan ini tidak akan dijawab oleh Pakatan Harapan.

Mereka sekarang sedang memasang janji janji palsu baru untuk PRU14. Berjanji pada orang orang Felda dan mahu gunakan aura Nik Aziz untuk tawan Kelantan. Semua ini janji ini hanya akan tinggal janji sahaja. Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang.

Sudah dua penggal orang Selangor dan Penang menggaru garu gatal. Sudah sudahlah. Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali bekas jeran.- BeruangBiru