Dua Sayap Parti Bunga Sudah Patah, Tinggal Kelopak Layu Sahaja
JIKA umum perasan, dalam lirik lagu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdapat ulangan dua kali ayat berbunyi 'bercerai kita roboh'. Ternyata lirik lagu yang diulang-ulang para ahlinya itu kini sudah mula dimakbulkan Tuhan.
Momen pencetus kepada robohnya PPBM adalah apabila berlakunya beberapa siri pertelingkahan yang membawa kepada pemecatan Anina Saadudin dari jawatan Ketua Srikandi parti berkenaan.
Kononnya tidak mahu terpalit dengan kerja kotor lagi keji Anina yang sedang berhadapan dengan dakwaan skandal seks '4 kali klimaks' hujung tahun 2016 lalu. Ainina dipecat kerana dakwaan klimaks 4 kali itu.
Sampai ke hari ini, pengganti Ainina tidak dipilih. Khabar awalnya bahawa terdapat puluhan ribu orang masuk parti PPBM di Langkawi ternyata meleset. Mengikut data PPBM sendiri, hanya 1,500 orang sahaja ahli mereka di Langkawi. Parti bunga itu hanyalah ada satu niat sahaja. Iaitu sebagai platform kepada impian untuk menjadikan Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri. Misi sebenar Mahathir yang belum lagi disebutkan oleh Mahathir secara terbuka.

Kalau sebut secara terbuka, orang pertama yang terasa kena main adalah Presiden PPBM sendiri. Kedua, sebut sahaja secara terbuka, ramai orang akan "bunuh dan cantas" awal Mukhriz.
PKR dan DAP sudah pasti tidak mahu legasi Mahathir berterusan menghantui mereka. Dah tentu kena kerat awal, Anwar juga mahu jadi PM. Bungkuslah Mukhriz kalau Mahathir cakap secara terbuka.
Kemelut dalam PPBM berterusan. Tidak sampai pun setahun, parti itu nampaknya puas bergelut untuk hidup dan kekal relevan dalam politik Malaysia. Ahli tidak ramai, serangan terhadap Najib dan BN kian tidak menjadi, jumlah kerusi yang boleh ditanding belum tentu, kalah sudah hampir pasti. Inilah dilema PPBM. Semalam, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada jawatan Ketua Armada PPBM buat hal hendak pergi sambung belajar di Oxford pula. Ini merupakan berita paling tragis dan bakal membuatkan keseluruhan jentera parti itu bakal lumpuh.
Sebagai sebuah parti yang banyak mengrekrut anak muda yang mudah ditipu dengan modal ketokohan Mahathir, sudah tentu perletakan jawatan Syed Saddiq ini akan membuatkan PPBM hilang arah pertimbangan dan gerak kerja selepas ini.
Rasanya Syed Saddiq mahu lari dari PPBM. Lebih baik sambung belajar dari masuk politik dan kalah menanggung hutang yang banyak. Hendak balik Johor pun susah, bila teringat ayat berambus dari Johor. Baik berambus ke Oxford sahaja. Dua sayap PPBM akhirnya sudah patah secara moralnya. Hanya menunggu ia menjadi realiti sahaja tidak lama lagi. Bunga sudah hilang seri tanpa daun dan tangkai penghiasnya.
Apapun yang tinggal dalam PPBM kini hanyalah dari kalangan mereka yang sekadar boleh dianggap 'kelopak layu' dan 'tunggul tangkai kering sahaja" sahaja. Menyamai DAP, tidak mustahil dalam sedikit masa lagi akan lebih ramai ahli PPBM akan mengikut jejak 30 orang Ahli Jawatankuasa PPBM Baling keluar parti.
Bezanya mudah, keretakan DAP bermula dari Melaka, namun keretakan PPBM pula akan bermula dari Kedah sendiri. Lalu, kita akan dapat sama-sama lihat siapa 'kelopak layu' yang masih tercunggap-cunggap menagih simpati berada kekal dalam Parti Bunga itu.
Kenapa Mahathir beriya iya mahukan logo baru untuk Pakatan Harapan? Kerana PPBM sudah tidak laku dan tidak boleh pergi ke mana mana. Semalam, DAP tolak cadangan logo Mahathir, selepas apakah "next step" Mahathir?
Sejauh mana kelopak bunga yang sudah layu ini mampu "survive" dalam politik Malaysia? - BeruangBiru