Friday, 17 March 2017

Bila Hajat Dihati Tak Dapat ... Tubuhlah Parti Syok Sendiri.

                      

TUBUH PARTI BARU MEMBUKTIKAN EZAM DAN KHAIRUDDIN HANYA FIKIR TENTANG TEMOLOK SENDIRI

Hasrat menubuhkan parti baru jelas menunjukkan dua manusia ini iaitu Ezam dan Khairuddin adalah manusia yang berjuang hanya untuk temolok sendiri.  Mereka berdua sudahpun menyertai PPBM sebelum ini, namun apabila gagal mendapat tempat atau peranan penting dalam PPBM, mereka meninggalkan parti tersebut.

Daripada maklumat dalaman yang saya terima, Khairuddin akan bertanding di kerusi Titiwangsa, manakala Ezam pula apabila gagal mendapatkan kerusi Shah Alam yang beliau inginkan, beliau akan bertanding menentang YAB Perdana Menteri kita di Pekan bagi melonjakkan semula populariti beliau yang sudah semakin malap kini.

Image result for EZAM DAN KUDIN BUAT PARTI BARU

Bagi saya, sebarang usaha untuk mewujudkan parti baru dikalangan pembangkang akan menguntungkan BN.  Sebelum PRU 1999, kerusi Melayu ditandingi oleh PAS mewakili pembangkang.  Manakala bagi kerusi Kawasan Cina dan India ditandingi oleh DAP.  Walaubagaimanapun, pada tahun 1999, PAS dan DAP telah mengalah dan memberikan sebahagian besar kerusi yang mereka tandingi kepada PKR.  Ini adalah kerana, PKR perlu diberikan lebih kerusi berbanding PAS dan DAP untuk membuktikan PKR mengepalai pakatan ini dan Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri Pakatan.

Untuk PRU 14, PAS tidak akan bersama Pakatan Harapan.  Ini bererti, PAS sudah pasti akan bertanding di kerusi-kerusi yang pernah mereka tandingi sebelum diserahkan kepada PKR tahun 1999.  Begitu juga dengan PAN, sudah pasti mereka mahu meletakkan calon dikerusi yang PAS tandingi.  Persoalannya sekarang, dimanakah kerusi yang bakal PPBM tandingi?  Jika nak serahkan separuh dari kerusi PKR kepada PPBM pun hampir mustahil akan berlaku, bagaimana mungkin PPBM mahu mendabik dada bahawa parti mereka bakal melahirkan calon Perdana Menteri?  Kalau parti bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah 22 tahunpun belum tentu akan diberi laluan oleh PKR dan PAN, hampir pasti parti baru Ezam dan Khairuddin ini boleh kita anggap seperti Parti Dua Butir yang mungkin akan bertanding dihanya dua kerusi parlimen.

Senario paling baik yang mungkin akan dinikmati Pakatan Harapan selepas acara bertikam lidah dan ugut mengugut semasa Mesyuarat Pengagihan Kerusi, hanyalah kejayaan mereka meletakkan 1 calon dari Pakatan Harapan untuk menentang calon BN.  Namun, mereka hampir pasti akan gagal memberikan saingan kepada BN kerana PAS kini sudah bebas untuk bertanding dimana jua tanpa terikat dengan keputusan BN mahupun Pakatan Harapan.  Pertandingan tiga penjuru dan mungkin empat penjuru tidak mungkin dapat dielakkan. Ini akan membolehkan BN menang besar pada PRU14 dan Ezam mungkin akan membuat keputusan melakukan pusingan U dan kembali kepada UMNO.  Persoalannya, patutkan kita membiarkan diri kita diperdaya beliau lagi?

Oleh Dato' Lokman Adam
Presiden
Suara Generasi Terbilang