Friday, 17 March 2017

Belum Berperang ... Parti Bunga Dah Berantakan....

Image result for PPBM BALING BERPECAH

Wabak Keluar Parti PPBM & DAP Berpunca Dari Mahathir

Amalan  politik songsang akhirnya memakan diri kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

Antara yang tergolong dalam “maksud” atau terma songsang adalah seperti yang diamalkan oleh  Mahathir sendiri.

Anak didik Mahathir juga telah songsang dua kali, dua kali juga kena masuk penjara.

Umpama gadis OKU yang membawa kereta melawan arus , begitulah politik Mahathir hari ini.

Apa tidaknya , berpuluh tahun mengajar setiap ahli parti UMNO supaya membenci DAP dan Anwar, kemudian berakhir dengan tuan punya badan yang mengajar kebencian itu pula yang menjilat semula apa yang diajarkan.

Itulah contoh politik soangsang.

Maka atas sebab itu jugalah apa yang dikatakan oleh  Mahathir hari ini, dianggap sampah sahaja kerana esok lusa atau mungkin lima tahun lagi dia akan kata yang sebaliknya pula.

Hanya orang yang tidak periksa otak sahaja akan mempercayai kata kata Mahathir. Malah ajakan Mahathir supaya membenci Najib pun ramai orang tidak akur kerana mereka lebih kenal Mahathir dari penyokong Mahathir sendiri.

Ada yang sudah buat teori jika esok lusa Mahathir U-Turn suka Najib  “kita semua habuk pun tidak dapat”.

Maka tidak salahlah orang tidak mahu dengar kata Mahathir lagi.

Bayangkan ketika  di London pada tahun lepas, di hadapan pelajar ketika di tanya siapa calon Perdana Menteri pembangkang oleh wartawan , Mahathir menjawab orangnya adalah “Muhyiddin”.

Tetapi beberapa hari kemudian di Kuala Lumpur, katanya belum ada nama calon lagi dan tumpuan adalah untuk tumbangkan Najib terlebih dulu.

Khabar terkini, ramai ahli parti PPBM sudah mula hendak keluar parti.

Malah sebelum habis panas pun sudah ada yang keluar dari parti PPBM tetapi tanpa membuat pengumuman.

Selain itu, yang tidak pernah masuk pun umum keluar iaitu Khairuddin Hassan dan yang baru masuk sudah keluar iaitu Ezam Mohd Nor merangkap Ezam Kotak.

Begitu parahnya parti milik Mahathir. Bahkan bukan sahaja kejadian keluar parti terjadi kepada parti PPBM, parti yang berkait "bau hanceng" Mahathir juga mengalami “virus” keluar parti iaitu DAP.

Antara sebab disebut ahli DAP adalah kerana rasa tertipu dengan kepimpinan DAP.

Di mana mereka dididik sekian lama bahawa Mahathir itu seorang yang diktator, amal kronisma dan perkauman, tetapi akibat amalan politik songsang Kit Siang menerima Mahathir dalam dakapannya, lalu menghilangkan kepercayaan "grass root" DAP.

Mahathirlah punca 182 orang ahli DAP dan 4 orang wakil rakyat DAP keluar parti di Melaka.

Kini , parti PPBM yang baru setahun jagung sudah bermasalah seolah olah parti itu sudah wujud lama.

Parti bunga parti baru , tetapi memiliki bagasi yang besar.

Kepimpinannya mahu kaut semua pemuda menyertainya. Caranya dengan memacing keahlian baru dengan mengumpan dinosour tua sebagai maskotnya.

Selain pemimpin zaman dinosour, PPBM juga memiliki masalah moral dan penyelewengan wang.

Muhyiddin akan hadapi isu nafsu di Mahkamah Syariah Johor, dan Mahathir bakal mengadap RCI isu seleweng wang BNM. Itulah bagasi parti PPBM.

Ada juga yang memasuki parti PPBM tanpa membatalkan nama mereka dari UMNO. Apakah niat mereka?

Adakah atas sebab tidak yakin dengan parti bunga dan jika apa apa terjadi boleh lompat semula ke dalam UMNO?

Di jangkakan akan ada lebih ramai ahli DAP akan keluar parti dan begitu juga dengan parti milik keluarga Mahathir.

Amat sah sekali mereka keluar kerana Mahathir, kerana tidak pandai menjaga ahli yang sedikit.

Mahathir sibuk pergi ke merata negara memburukkan Najib dan UMNO atas pentas, tetapi terlupa pentas yang dia pijak sedang roboh hendak membenamnya.

Pasti sekali, jika apa apa terjadi kepada PPBM, Mahathir akan kembali kepada pelan asalnya iaitu letak anaknya Mukhriz di tempat kawasan selamat yang dikuasai DAP.

Tetapi apa akan terjadi kepada ahli PPBM yang lain? Fikir sendirilah, UMNO yang dia tunggang sekian lama memperkayakan dia dan anak beranak serta kroni pun dia tidak ada kesetiaan.

Masakan parti hidup segan mati tak mahu ini dia hendak kisah sangat.

Ahli seluruh negeri Kedah pun hanya ada 6,700 orang ahli sahaja. Di Jerlun hanya ada 1,700 sahaja. Semalam keluar 500 orang di Baling, sudah 7% dari jumlah ahli di Kedah.

Wabak ini akan berterusan dan tidak boleh diubati. Ianya akan merebak dan terus merebak. Bunga akan layu tersadai di tepi roket sahaja selepas ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB332, Jumaat
17 Mac 2017