Sunday, 19 February 2017

Kit Siang Tak Boleh Jadi PM, DAP Terlalu 'Kecil' - Mahathir


Bila Mahathir bertambah merapu saban hari.. pelbagai ayat yang pasti akan menimbulkan persoalan pada kenyataan beliau. segala tingkah laku mahathir sejak menubuhkan parti bunga semakin menunjukkan beliau sebenarnya menuju kearah kepentingan diri dan anak2 beliau semata mata.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak boleh menjadi perdana menteri kerana parti itu terlalu kecil, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika Umno jatuh.

"Bagaimana boleh Kit Siang menjadi perdana menteri? Partinya kecil," kata tanpa mengulas lanjut maksudnya DAP dikata kecil itu.

Sebelum itu Najib berkata, Kit Siang adalah pemimpin de facto Pakatan Harapan dan memiliki kuasa dalam gabungan parti pembangkang itu.

Dr Mahathir dalam ucapannya ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk di sini di Dataran Muafakat MBPP pada Sabtu juga memohon maaf kerana menyokong Najib untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri yang memimpin negara 22 tahun itu juga menggesa pengundi untuk menggunakan kuasa undi mereka dengan bijak.

Bila mahathir merapu ...Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak menyokong Umno yang juga parti yang pernah diterajuinya. adakah oraang melayu sudah lupa kah mahathir sedang bermain kata2.

"Umno bukan lagi parti yang sama seperti sebelum ini," katanya. (ayat mahathir seakan terdesak untuk meraih simpati, apa yg tersirat didalam hati mahathir sebenarnya belaiu sudah takut kerana orang melayu terlalu sayang pada UMNO dan orang melayu secara total tetap bersama UMNO dan BN).

Related Posts: