Sunday, 19 February 2017
Kesempurnaan Agama Dan Ajaran Islam Menolak Sebarang Keganasan
By @MNA at 18:11:00
Islam bukan punca keganasan dan penyertaan negara Islam dalam menentang keganasan adalah penting, kata Canselor Jerman, Angela Merkel.
Merkel berkata ketika berucap pada Persidangan Keselamatan Munich yang turut dihadiri Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence.
Hubungan antara Eropah dan Russia masih kekal mencabar tetapi adalah penting untuk bekerjasama dengan Russia dalam usaha menentang keganasan.
“Perjuangan bersama menentang keganasan adalah bidang yang kita ada kepentingan bersama dan kita boleh bekerjasama,” kata Merkel.
Beliau juga mahu membincangkan isu serangan siber dan berita palsu dengan Russia tetapi persoalannya sama ada masalah berita palsu berjaya dikemukakan sebelum pilihan raya Eropah.
“Kita tahu Russia berkomunikasi secara terbuka dan ia melihat peperangan hibrid iaitu gabungan strategi peperangan secara konvensional dan siber sebagai satu bentuk pertahanan.
“Jika saya boleh laksanakan satu perkara, alangkah baiknya untuk mendapatkan topik ini, sebagai contoh agenda dalam rangka rundingan dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara – NATO-Russia,” katanya.
Merkel merayu kepada AS dan negara lain supaya menyokong dan meningkatkan organisasi pelbagai hala seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan NATO, pakatan yang menjadi ikrar Pence sebagai komitmen tidak berbelah-bahagi.
“Kita akan terus bekerjasama atau mungkinkah kita kembali kepada peranan secara individu?,” katanya
Related Posts:
Rakyat Perlu Bersatu Hati Hadapi Cabaran Masa Kini – Yang di-Pertuan Agong KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, rakyat perlu bersatu hati dengan mengenepikan perbezaan kaum, bangsa dan politik bagi menghadapi cabaran masa kini. Seri Paduka bertitah in… Read More
Siri Tweet Pelajar UNITEN Sebelum Ajal Undang Sebak BEBERAPA siri tweet daripada seorang pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sebelum bertemu ajal dalam sebuah kemalangan maut di Muadzam Shah semalam, menjadi perhatian netizen. Allahyarham Muhammad Haziq Januddi… Read More
Cerita Di Sebalik Hari Wilayah Persekutuan Selama 12 tahun, bermula wujudnya Kementerian Wilayah Persekutuan pada 27 Mac 2004, 1 Februari pastinya akan diumumkan sebagai hari cuti bagi penduduk di tiga Wilayah Persekutuan yang ada di Malaysia. Pada hari itu, ianya… Read More
BR1M Diagih Secara Berperingkat Seramai 5.2 juta rakyat Malaysia akan menerima BR1M secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong. Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada aduan bahawa ramai pemohon masih belum… Read More
DAP Cuba Mewujudkan Teori Domino di Malaysia Demi Kuasa Politik Satu-satunya parti yang begitu kosisten menghentam kerajaan hari ini adalah Democratic Action Party (DAP). Sejak dari awal penubuhan sehinggalah kini, walau sebaik mana pun kerajaan lakukan untuk rakyatnya, pastinya… Read More