Monday, 30 January 2017
Asakan Berterusan Apakah PAS Akan Tetap Pendirian Tolak DAP
By @MNA at 16:46:00
Lagak DAP bagaikan seperti sebuah kumpulan samseng kepada musuhnya ketika cuba mencari perdamaian dengan Pas, dengan sikap yang dipamerkan itu meruncingkan pertelingkahan selain mempersendakan lawan.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, DAP tanpa segan silu menghulurkan salam perdamaian dengan partinya hanya melalui media. Sikap itu katanya tidak mempamerkan adab orang yang mahu berdamai.
“Sebelum ini dia putuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selepas itu hulurkan salam perdamaian kepada Presiden Pas dan kemudian bertekad untuk saman Presiden Pas. Esok entah apa pula pelan dan strategi pemimpin DAP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Beliau mengulas laporan berhubung hasrat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengarahkan peguamnnya membuat kajian supaya dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi yang mendakwa beliau sebagai anti-Islam.
Jelasnya, seluruh ahli Pas teguh bersama Abdul Hadi dalam menggalas cita-cita perjuangan Islam.
Tambah beliau, ahli-ahli Pas sedia mempertahankan presiden parti untuk berdepan tindakan saman Kit Siang, selain mempunyai bukti kenyataan dan sikap kepemimpinan DAP yang mempersendakan hukum Islam
Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Kit Siang yang mahu menyaman Abdul Hadi dilihat sebagai individu yang kecewa ‘akibat cintanya tidak berbalas’.
“Pemikirannya semakin kacau dan kami tidak nampak hala tuju Kit Siang. Malah dengan tindakan saman itu, Pas tidak nampak wujudnya peluang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP. Selama ini Pas sudah dua kali bekerjasama dengan DAP tetapi mereka tetap menentang usaha kami. Saya nasihatkan cukup-cukuplah,”
Related Posts:
Penjawat Awam Lebih Patriotik Daripada Pihak Tertentu - PM Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam di negara ini lebih patriotik daripada sesetengah pihak tertentu kerana sentiasa setia dan berdiri teguh di belakang kerajaan yang mampu menjaga kepentingan… Read More
Bapa Undang Campur Tangan Asing, Anak Tidak Mengaku Warga Negara Terdesak sungguh pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 hingga ke tahap sanggup meminta campur tangan asing dalam urusan negara. Tindakan Mahathir yang bertemu dengan duta-duta besar Kesat… Read More
PM Najib Razak Hantar Delegasi Khas Ke Cox's Bazar SUBANG - Malaysia terus membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dengan menghantar 10 tan lagi bantuan kemanusiaan ke Cox's Bazar melalui penerbangan tentera, hari ini.Rombongan diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral T… Read More
Barisan Nasional Beri Keadilan Sebenar Kepada Rakyat, Bukannya Pembangkang Semalam pembangkang bergaduh lagi. Laungan “mana keadilan untuk kami’ dijerit oleh seorang ahli PPBM yang memanjat naik atas kerusi. Nasib baik kerusi itu tidak terbang ke depan pentas sahaja. Terus balik Wan Azizah dan s… Read More
TPM Zahid Arah Siasat Projek Pembinaan Dewan Yang Tidak Mengikut Spesifikasi BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat projek pembinaan bangunan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang yang dirasmi… Read More