SETAKAT ini belum ada petanda DAP akan menambah kerusi dalam pilihanraya Sarawak yang pengundiannya bakal berlangsung Sabtu akan datang. Jangan kata menambah, kerusi yang ada sekarang pun silap-silap hilang beberapa, minimum 2.
Kerusi yang baru dia nak mencuba nasib itulah harapan, itupun besar kemungkinan kalah. Separuh dari 11 kerusi baru saja dah bertembung sama sendiri dengan PKR, kira mudah macam tu saja dah cukup. Ada calon macam Aziz Isa, dibawa ke hulu ke hilir berkempen termasuk di luar kawasannya sendiri di Batu Kitang (DUN baru – DAP dan PKR lawan sesama sendiri di kawasan ini), tunjuk takde harapanlah tu.
Selain silap percaturan masa penamaan calon, silap yang satu lagi ialah salah serang musuh.
Lawan sebenarnya Adenan Satim tapi DAP ke sana ke mari mengutuk Datuk Seri Najib Tun Razak. Dibawanya kaki maki hamun yang didedikasi khas untuk Najib macam Arif Sabri mari berkempen. Kau nak cakap buruk apa pasal Najib di Sarawak? DAP bina jalan paling panjang 100 meter, paling pendek 2 meter (mari gelak), Najib buat Pan Borneo saja dah beribu-ribu kilometer, nak kutuk Najib apa?
Terer sangat Arif Sabri ni banding Najib, pindah lawan Najib di Pekan dalam PRU14 akan datang, Arif Sabri pun bekas ADUN Pulau Manis dalam Parlimen Pekan, dia bukan orang Raub pun, jadi logik tu ada. Ini menang atas sokongan cina DAP di Raub, kutuk Najib tak pandai jaga Melayu kononnya, apa barang?
Begitu nak di highlight kan disini betapa terdesaknya puak-puak ini. Habis modal, guna kempen maki hamun.
Selain itu ada juga isu-isu lain macam RM 2.6 billion, masih lagi tanya dimana sedangkan dunia pun tahu Najib dah pulang sebahagian besar duit itu semula. Tapi cakap pasal nombor dengan puak-puak ni buang masa, alangkah 31 kerusi DAP tu pun dia percaya boleh bentuk kerajaan negeri di Sarawak, lagi mau cakap apa?