KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak malam ini berjaya memperbaharui mandat untuk membentuk semula kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.
Setakat pukul 8.40 malam ini, BN Sarawak yang diterajui oleh Pengerusinya, Tan Sri Adenan Satem disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menang di 42 kerusi DUN.
Majoriti mudah di DUN Sarawak ialah 42 kerusi manakala majoriti dua per tiga ialah 55 daripada 82 kerusi. – UTUSAN