Monday 18 April 2016

PKR Makin Lesu Di Sarawak


ANTARA 3 parti utama pembangkang dari Semenanjung yang mengintai peluang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN Sarawak), PKR dilihat parti yang tak begitu bernafsu berbanding DAP dan PAS.  PAN pun parti pembangkang jugak, tapi bukan yang utama sebab itu tidak dikira.
Cakap pasal PKR, biasanya dalam mana-mana pilihanraya, dia yang mulut paling besar tapi kali ni adalah bunyi, tapi bunyi tikus pun lagi kuat. Dah kenapa?
Malah, Pakatan Harapan yang kecoh penubuhannya di Semananjung, hampir tidak nampak dalam kempen pilihanraya negeri Sarawak kali ini.  Masing-masing nampaknya bergerak sendiri, majlis kalau ada pun (pengumuman calon contohnya), (diadakan) asing-asing, macam tidak berkomponen sekalipun Pakatan Harapan ini penubuhannya kita tahu dialas dengan perjanjian, bukan air liur semata-mata seperti Pakatan Rakyat dulu.
Permainan apakah ini?
Hati penulis kuat mengatakan Pakatan memang ada goyang ini kali.  Adalah yang tak kena di sana sini sehingga dah tak berapa lama sebelum hari penamaan calon pun, pergerakan mereka secara bersama, macam tidak wujud.  Sementara kita faham dengan PAS tapi sedikit tak faham dengan PKR dan DAP, terutama PKR.
Siapa calon Ketua Menteri kok puak ini menang pun masih tak dengar sampai hari ini.  Banding dengan 2011 dulu, nama Baru Bian yang disebut-sebut, kali ini macam orang DAP seklaipun tidak diumum secara rasmi.
Kalau dah sebelum bertanding pun dah menunjukkan ketidakstabilan, bagaimana pulak kalau bertanding dan menang?  Takkan semuanya nak jadi tangkap  muat seperti bila menang pertama kali di Selangor 2008 kot?
Apa pun ini bukan alasan untuk BN bersenang-senang tapi bukan juga sebab untuk rasa tertekan.  Musuh paling utama sudah tentulah DAP dan ini tidak berubah, bagaimana sekalipunlah yang terjadi kepada PKR dan PAN.  Ingat macam itu cukup.