Tuesday 12 April 2016

Jangan Sampai Rakyat Hilang ‘Respect’ Kata TPM Pada Mahathir


zahid mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjaga tertibnya dalam politik dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan rakyat hilang rasa hormat kepadanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Dr Mahathir menggunakan pihak luar dalam urusan negara merupakan perakra yang ditegahnya sewaktu menjadi Perdana Menteri, suatu masa dahulu.

“Jangan lakukan sesuatu yang akhirnya nanti orang yang hormati kita sebelum ini kerana prinsip yang baik, akan hilang hormat.

“Dalam hal ini, eloklah jaga acuan politik mengikut tata etika negara kita…hanya gunakan acuan yang sesuai,” katanya Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Dr Mahathir diwawancara media Australia, The Weekend Australian, dengan meminta Datuk Seri Najib Tun Razak berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Ujar Ahmad Zahid, Dr Mahathir Dr Mahathir semasa memimpin Malaysia sebelum ini, pernah mengingatkan pemimpin kerajaan dan UMNO supaya sentiasa patuh kepada pemimpin yang baik.

“Maka, janganlah ubah pendirian kami dengan mengajak kami melakukan yang sebaliknya.

“Dulu dia (Dr Mahathir) marah kerana menggunakan hubungan antarabangsa sehingga ada orang yang dituduh jadi tali barut asing,” katanya.